FOOD TRIP MALAYSIA : 10 BANDAR ‘MAKANAN SEDAP’
Malaysia bukan sahaja syurga pelancongan, tetapi juga sebuah destinasi gastronomi yang luar biasa. Dari warisan kulinari tradisional hingga kreativiti moden, setiap bandar menawarkan identiti rasa tersendiri. Dibentuk oleh budaya, sejarah dan cara hidup masyarakat setempat. Jika anda merancang jelajah makanan yang betul-betul “worth the trip”, ini 10 bandar ‘makan sedap’ yang wajib masuk bucket list anda.
1. Penang: Raja Segala Street Food
Pulau Pinang kekal sebagai kuasa besar makanan Malaysia. Dari char kuey teow, nasi kandar berempah kuah banjir, mee sotong dan cendol Pulau Pinang yang ikonik hingga pasembur Padang Kota. Penang adalah kanvas terbesar untuk food hunter.

2. Ipoh: Syurga Kopitiam & Hidangan Ringkas Berperisa
Ipoh dikenali dengan white coffee, taugeh segar, ayam tauge dan dim sum yang antara terbaik di negara ini. Bandar ini melambangkan “classic comfort food” yang tak pernah salah. Antara kopitiam yang anda patut cuba adalah kopitiam New Hollywood yang terletak di Ipoh Perak. Kopitiam ini menyajikan pelbagai jenis makanan lokal dan menariknya kopitiam ini dibuka setiap hari dari jam 7:00AM hingga 6:00PM. Kalau anda ke Ipoh tetapi tidak mencuba Nasi Ganja, memang belum ‘sah’ lagi kunjungan anda. Secara rasmi, hidangan ikonik ini dijual di sebuah gerai bernama Nasi Kandar Ayam Merah, namun tanya saja sesiapa di Ipoh semuanya lebih mengenalinya dengan nama yang cukup masyhur itu: “Nasi Ganja”
3. Kuala Lumpur: Segalanya Ada
KL menawarkan kepelbagaian tanpa batas: restoran Michelin, kedai mamak 24 jam, warung viral, kafe gaya Jepun, hinggalah spot fine dining. KL menawarkan kepelbagaian kulinari tanpa batas: daripada restoran bertaraf Michelin seperti Nobu KL di Four Seasons Place, hinggalah ke mamak 24-jam ikonik seperti SS2 Murni dan Sri Nirwana Maju. Untuk pencinta kafe pula, tempat seperti Sekalf di Chinatown hadir dengan estetika kontemporari dan menu fusion yang Instagram-worthy, manakala The Savor KL di Segambut menawarkan suasana cozy, pet-friendly dan hidangan Asia-Barat. Jika anda sukakan pilihan tak berpenghujung Kuala Lumpur ialah pusatnya.
4. Melaka: Tradisi Baba Nyonya & Rempah Pekat
Laksa Nyonya, ayam pongteh, kuih keria gula Melaka dan satay celup menjadikan Melaka antara destinasi paling memuaskan untuk penggemar masakan tradisi yang sarat rasa dan budaya.

5. Kota Bharu: Syurga Manisan & Masakan Kelantan
Nasi kerabu kebiruan, nasi dagang lemak wangi, ayam percik kuah pekat serta aneka kuih manis seperti akok dan jala mas. Kota Bharu, Kelantan juga boleh dijadikan salah satu destinasi yang memanjakan deria rasa anda.

6. Johor Bahru: Campuran Tradisi & Urban
Johor Bahru menawarkan gabungan rasa Johor klasik seperti laksa Johor, kacang pool dan lontong kering, sambil menyaksikan kemunculan kafe moden serta restoran fusion yang semakin rancak mewarnai bandar. Dari sarapan kacang pool di gerai legenda Kacang Pool Haji, hinggalah ke menu kafe kontemporari di Salahuddin Bakery atau spot brunch bergaya di People & Places Café. Johor Bahru kini menjadi destinasi makan yang mengimbangkan tradisi dengan trend baharu. Pendek kata, JB ialah tempat di mana selera lokal bertemu gaya hidup urban.

7. Kuching: Rumah Laksa Sarawak & Kek Lapis
Kuching terkenal dengan laksa Sarawak yang beraroma, mee kolok yang kenyal dan ringan, serta pelbagai hidangan tradisi etnik Borneo yang sarat dengan warisan budaya. Dari semangkuk laksa pekat di Chong Choon Café, mee kolok asli di Lau Ya Keng, hinggalah ke hidangan Iban dan Dayak di restoran seperti The Dyak. Bandar ini menawarkan pengalaman rasa yang mendalam dan penuh karakter. Di Kuching, setiap hidangan bukan sekadar makanan, tetapi cerita tentang tradisi, komuniti dan identiti yang menjadikan ibu negeri Sarawak ini destinasi food trip yang wajib diterokai.
8. Kota Kinabalu: Laut Segar & Rasa Borneo
Kota Kinabalu ialah syurga makanan yang menggabungkan seafood segar dan hidangan etnik Sabah. Dari BBQ udang dan ikan di pasar malam Waterfront. Dengan harga seafood lazimnya antara RM20 hingga RM100+ bergantung jenis dan saiz. Hidangan hinava Kadazan-Dusun beraroma limau dan halia yang biasanya sekitar RM15–45 sepiring, semuanya menawarkan rasa autentik Borneo. Jangan lupa amplang, snek ikan tradisional yang rangup dan popular sebagai buah tangan. Pendek kata, KK menyajikan pengalaman makan yang penuh karakter, segar dan berjiwa tempatan.

9. Taiping: Kota Tenang Dengan Makanan “Old School”
Taiping mungkin tidak sepopular Ipoh dengan kopitiam vintage dan Nasi Ganja, tetapi bandar bersejarah ini punya pesona kulinari tersendiri yang lebih lembut, nostalgik dan sangat autentik. Jika Ipoh terkenal dengan white coffee dan sarapan ‘old-school’, Taiping pula memikat melalui hidangan seperti mi rebus pekat berempah, cendol tradisi yang masih disaji seperti era dahulu, popiah basah lembut penuh inti, serta aneka masakan Melayu kampung yang mengekalkan rasa asli turun-temurun. Pendek kata, jika Ipoh ialah nadi urban Perak, Taiping pula adalah jiwa lamanya yang masih hidup melalui setiap suapan.
10. Alor Setar: Rasa Utara yang Padu
Alor Setar mungkin tidak seglamor bandar besar, tetapi inilah destinasi yang menyimpan DNA asli masakan utara. Hidangan seperti gulai nangka berlemak, laksa Kedah berkuah pekat, pulut ikan masin yang ringkas tetapi padu, serta nasi lemak sambal merah yang manis-pedas menjadikan bandar ini hotspot makanan tradisi yang tak pernah mengecewakan. Setiap suapan di Alor Setar terasa seperti pulang ke dapur nenek. Penuh memori, penuh rasa, dan penuh identiti utara yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana bandar lain.

Via Mimi Zainal on Facebook
Setiap bandar memberikan pengalaman berbeza. Ada yang penuh sejarah, ada yang moden dan ada yang betul-betul “hidden gem.” Jika anda seorang food lover, 10 bandar ini wajib ada dalam bucket list anda.
Artikel Berkaitan: STAIL PERCUTIAN HUN HAQEEM SEBAGAI INSPIRASI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COACH PLAY IPOH KINI DIBUKA
Coach Malaysia melancarkan destinasi beli-belah terbaharu, Coach Play Ipoh yang turut menyaksikan pembukaan Coach Coffee Shop yang pertama di Malaysia.
KUALA LUMPUR MENDUDUKI TEMPAT #2 DESTINASI PERCUTIAN TERSOHOR DUNIA
Kuala Lumpur terus menjadi pilihan pelancong dosmestik dan antarabangsa dengan menduduki tempat #2 dalam senarai destinasi percutian tersohor dunia.
RAIKAN AKHIR TAHUN DENGAN FESTIVE OMASAKE DI NOBU KL
Nobu KL akan memperkenalkan menu istimewa Festive Omasake terbaharu untuk meraikan kemeriahan perayaan akhir tahun bermula 23 Disember nanti.
CITA RASA TRUFFEL OSUSUME DI NOBU KL
Sepanjang November ini, Nobu KL memperkenalkan seleksi menu Truffle Osusume dalam mengetengahkan karakter kulinari paling berharga.
5 DESTINASI UNTUK ANDA TEROKAI DI PULAU PINANG
Dalam mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan dunia, kempen “Nikmati Pulau Pinang” dilancarkan untuk memacu pelancong domestik dan antarabangsa untuk mengunjungi lokasi yang unik dan tersendiri di Pulau Mutiara.









