Skip to content

5 SPOT HANGOUT PILIHAN GEN Z PADA TAHUN 2025

Kongsikan artikel ini

Tahun 2025 menyaksikan Kuala Lumpur dipenuhi dengan destinasi lifestyle yang menjadi kegemaran Gen Z. Dari rooftop futuristik TRX, pasar kreatif MAHSA Avenue, kampus seni APW, lorong retro Kwai Chai Hong, hingga hub indie REXKL. Setiap lokasi menawarkan pengalaman unik, gabungan fesyen, kafe hip, seni dan aktiviti sosial, menjadikannya bukan sekadar tempat hangout, tetapi juga pentas inspirasi kreatif untuk generasi muda yang gemar bergaya dan berkongsi momen urban mereka. Ini senarai 5 spot hangout pilihan Gen Z tahun 2025:

#1 TRX: Destinasi Sosial & Gaya Gen-Z di Tengah KL

Terletak di tengah ibu kota, The Exchange TRX terus mengukuhkan statusnya sebagai hotspot hangout pilihan Gen Z pada tahun 2025, bukan sahaja kerana lokasinya yang strategik dan akses mudah melalui MRT. Tetapi juga kerana tarikannya sebagai pusat gaya hidup moden yang merangkumi fesyen, makanan, hiburan dan ruang estetik untuk “content creator”. Deretan retail berjenama dan ikonik seperti SEIBU, yang menawarkan lebih 400 label antarabangsa di dalamnya, Gentle Monster, butik eyewear avant-garde yang menjadi destinasi wajib Gen Z untuk OOTD,  serta Shake Shack, spot makan santai yang popular untuk lepak dan konten Instagram. TRX merupakan destinasi lengkap untuk mereka yang sukakan gaya urban, visual menarik, dan pengalaman sosial serba premium. Dengan rooftop park, suasana futuristik dan deretan kedai yang trending, TRX kini menjadi “meeting point” Gen Z kerana kemudahan & akses mudah. Mereka boleh menaiki MRT terus ke TRX, tak perlu drive, senang untuk sesi hangout.

#2 APW / Jalan Riong, Bangsar

Di Bangsar, APW kekal sebagai antara spot hangout pilihan utama Gen Z pada tahun 2025. Dipacu oleh identitinya sebagai “creative campus” yang menggabungkan seni, komuniti dan gaya hidup moden.  Terletak di Jalan Riong Bangsar, APW menjadi lokasi tumpuan untuk Gen Z dan urbanites yang mencari pengalaman kulinari baru daripada Breakfast Thieves dengan sajian brunch seperti Mr. Terry Benedict yang penuh karakter, sehinggalah Kaiju Company yang memikat dengan adunan cita rasa Thai-Jepun menerusi Green Curry Udon yang dipersembahkan dengan sentuhan artistik. Tidak ketinggalan, pencuci mulut buatan tangan di Kraft menambah daya tarikan ruang ini untuk turut menempatkan mikrobrewery dan dessert parlors pilihan. Dimeriahkan lagi dengan penganjuran weekend  flea markets, pameran seni dan persembahan muzik, APW muncul sebagai pentas kehidupan kota social.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by A Place Where – APW (@apwbangsar)

#3 Kwai Chai Hong, Chinatown KL

Kwai Chai Hong kini menjadi destinasi hangout pilihan Gen Z di Kuala Lumpur. Mengajak pengunjung menyelami nostalgia era keemasan Chinatown pada 1960-an sambil mencipta momen fotogenik yang berharga. Terletak strategik di belakang barisan shophouses di Jalan Panggung. Mudah diakses dari Stesen MRT Pasar Seni. Ruang heritage ini menyatukan mural retro yang memukau, fasad kedai lama yang kini menjadi butik dan kafe indie, serta pencahayaan hangat pada waktu malam, menjadikannya latar sempurna untuk OOTD, portrait, reels atau video pendek. Gen Z gemar menjelajah “Retro Alley”, bersiar-siar sambil menikmati night walk yang moody.  Selain itu , mereka juga gemar café‑hopping di kafe seperti Bubble Bee Café yang terkenal dengan Signature Egg Waffles halal dan menu sihat. Up & Away untuk highball kreatif lengkap dengan vibe muzik, dan Pandan Republic yang menyajikan dessert tempatan berinovasi.

View this post on Instagram

 

A post shared by Kwai Chai Hong (@kwaichaihong)

#4 REXKL (Jalan Sultan)

REXKL adalah satu daripada hub kreatif & budaya paling digemari oleh Gen Z di Kuala Lumpur. Menawarkan suasana indie dan artsy yang sukar ditandingi oleh pusat beli-belah atau ruang mainstream. Terletak di Jalan Sultan, REXKL menggabungkan galeri seni, pameran, pasar pop-up, butik indie dan kafe hipster di sekitarnya. Mencorak ruang komuniti di mana seni, fesyen dan budaya urban bersatu. Gen Z suka ke REXKL untuk booth kreatif, mencari barangan vintaj atau indie, menghadiri pameran seni , bookstores, muzik live atau pasar malam (flea market). Kadang mereka juga “café‑hoping”sambil bersembang dan bergambar ootd di sini. Ruang ini menawarkan peluang sebenar untuk berinteraksi, mengekspresikan diri, dan ‘bernafas’ dengan sub-culture kreatif. Sesuai untuk generasi muda yang menghargai estetika, kreativiti dan pengalaman sosial autentik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝗥𝗘𝗫𝗞𝗟 (@hellorexkl)

#5 MAHSA Avenue

MAHSA Avenue terletak di Jalan Ilmu bersebelahan Jalan Universiti, Kuala Lumpur, kini menjadi salah satu destinasi lifestyle paling popular dalam kalangan Gen Z. Menggabungkan ruang runcit, kreativiti, kafe hip, wellness, dan venue acara dalam satu pengalaman yang unik. Ia menempatkan KEDAI KL, sebuah pasar artisanal dengan sekitar 60 lot kedai terpilih yang menampilkan usahawan tempatan. Pengunjung boleh menemui butik dan kedai aksesori indie yang menjual streetwear tempatan atau fesyen unik. Barangan buatan tangan seperti seramik dan dekorasi dari kedai seperti Mossybola Kokedoma. Serta ruang galeri digital yang mempamerkan seni kontemporari dan audiovisual. Beberapa kedai lain menampilkan tawaran niche dan vintaj. Contohnya Lampu.kl dengan lampu neon custom, manakala kafe-kafe santai menyediakan ruang untuk melepak sambil menikmati kopi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Urban Living (@urbanlivingresidence)

Artikel Berkaitan: HAUS NOWHERE BANGKOK BAKAL DIBUKA DI ICON SIAM, BUTIK TAMBURINS PERTAMA DI ASIA TENGGARA

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Piquadro

PIQUARDO PERKENAL KOLEKSI FW24: ERA BAHARU ITALI DAN INOVASI TEKNOLOGI

Bacaan Lanjut
trx

5 SPOT MEETING DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Descente

DESCENTE ENERZITE FLUID WIRE 2.0, KASUT LARIAN YANG STABIL DAN SELESA

Bacaan Lanjut
OUTFIT LELAKI

OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut
Descente TRX

DESCENTE BUKA STOR PERTAMA DI ASIA TENGGARA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Salomon Malaysia

SALOMON BUKA STOR PERTAMA MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut