Skip to content

TAHUN 2025: 5 SEBAB GEN Z MALAYSIA OBSES KE JAKARTA, INDONESIA

Kongsikan artikel ini

Dalam radar gaya hidup 2025, Jakarta muncul sebagai destinasi ‘fever-favourite’ Gen Z Malaysia. Bukan sekadar untuk bercuti, tetapi sebagai “playground urban” paling berbaloi di rantau ini. Dengan Rupiah jatuh ke paras terendah, mall mega bertaraf global, kafe aesthetic yang penuh budaya muda, serta barisan jenama lokal yang makin mendapat perhatian umum. Jakarta menawarkan gabungan nilai, gaya dan budaya pop yang sukar ditandingi mana-mana kota lain di Asia Tenggara. Di sinilah Gen Z datang untuk shopping besar-besaran, makan viral food, mencipta konten, dan menikmati gaya hidup premium pada harga bajet. Ini adalah  5 sebab kenapa Gen Z di Malaysia obses ke Jakarta, Indonesia.

1. NILAI RUPIAH TERENDAH

Dengan RM1 bersamaan hampir 3,850 Rupiah sekitar April 2025, Gen Z Malaysia kini boleh membeli-belah tanpa rasa bersalah. Banyak jenama antarabangsa dan lokal di Jakarta menawarkan harga lebih rendah berbanding Malaysia. Daripada pakaian, skincare hingga lifestyle goods. Antara barangan Gen Z yang selalu dibeli adalah streetwear & basics yang murah dari Erigo, This Is April, Bloods, Thanksinsomnia.Perfume artisanal viral seperti Alchemist Fragrance dan juga handbag & accessories viral dari KAMI. Dengan tukaran mata wang yang sangat berpihak kepada golongan Gen Z, shopping haul memang automatik  besar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Thanksinsomnia® (@thanksinsomnia)

2. MALL IKONIK JAKARTA

Grand Indonesia kekal sebagai hotspot Gen Z di Jakarta kerana menawarkan pengalaman membeli-belah paling lengkap dari ratusan jenama antarabangsa, hinggalah aesthetic spots yang sering menjadi lokasi wajib untuk OOTD dan konten media sosial. Mall ini juga terkenal dengan food court serta deretan restoran viral, menjadikannya lokasi ideal untuk “full-day shopping marathon” tanpa rasa bosan. Sementara itu, Central Park Mall pula menarik perhatian Gen Z dengan mood yang lebih playful dan “youth-culture vibes”.  Dipenuhi kedai popular seperti Stradivarius, Guess, Under Armour, Watsons dan Miniso. Tarikan utama di sini ialah Tribeca Park. Ruang terbuka yang cantik untuk photoshoot, sunset shots atau sekadar lepak. Ditambah pula dengan deretan dessert shop, boba store dan kafe hipster yang menjadi destinasi konten. Tidak hairanlah kedua-dua mall ini sentiasa trending di TikTok dengan video haul, OOTD walk dan food vlog yang tidak pernah putus.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Grand Indonesia (@grandindo)

3. MAKANAN VIRAL YANG MESTI CUBA:  PAGI SORE, MANGKOK KU, SATE TAICHAN

Selain shopping, food hunting ialah punca utama Gen Z obses ke Jakarta. Antara yang paling viral:

  • Pagi Sore
    Nasi Padang paling meletup. Antara menu yang wajib di order Dendeng Balado, Ayam Pop, Gulai Tunjang, Sambal Hijau. Rasa premium tapi harga mesra poket.
  • Mangkok Ku dilancarkan oleh selebriti  chef Indonesia Chef Arnold Poernomo
    Menu seperti Chicken Salted Egg, Korean Beef, Rice Bowl Sambal Matah jadi kegemaran Gen Z setiap kali berkunjung di sini.

  • Sate Taichan Senayan
    Sate putih pedas dengan sambal cayenne merupakan tarikan utama setiap kali berkunjung ke Jakarta selain sate kuah kacang di Malaysia. Sate Taichan yang diperbuat daripada daging ayam, dihidangkan bersama sos, pes tomato, dan limau nipis. Antara menu wajib cuba bagi peminat makanan pedas.

4. KAFE AESTHETIC & MINIMALIST

Jakarta kini memiliki ratusan kafe cantik yang kelihatan seperti Pinterest board.
Antara yang trending di TikTok:

  • Titik Temu Jakarta
    Dengan rekaan minimalis tropika yang menenangkan, lengkap dengan halaman terbuka, sentuhan kayu hangat, dan pencahayaan semula jadi yang menyuluh ruang. Kafe ini, dengan aura Indonesian yang jelas, menjadi tumpuan selebriti dan influencer yang ingin merakam OOTD yang sempurna untuk media sosial. Berbeza dengan kafe biasa di Malaysia, Titik Temu menekankan suasana terbuka yang dipenuhi kehijauan, menawarkan pengalaman “mini resort” di tengah kesibukan kota Jakarta.<

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by .TEMU Cafe (@titiktemucoffee)

  • Giyanti Coffee Roastery
    Pernah tular dengan penyediaan kopi aliran ketiga terbaik di Jakarta. Sekali gus menarik minat penggemar kopi sejati untuk datang ke Jakarta. Dengan rekaan dalaman vintaj-industrial yang unik. Ruangnya terdiri daripada beberapa bilik bersambung yang menyerlahkan suasana “Jakarta old-town” yang autentik dan fotogenik. Berbeza dengan kafe di Malaysia, Giyanti mengekalkan karakter tersendiri melalui susun atur gaya kedai warisan. Giyanti Coffee Roastery menekankan penghasilan kopi artisan yang dipanggang terus mengekalkan aroma kopi yang asli dan personal.

5. HOTEL MEWAH, BAJET MESRA: “LUXURY HOLIDAY UNDER RM400”

Disebabkan kadar tukaran mata wang yang menguntungkan, penginapan hotel mewah di Jakarta kini lebih mampu milik berbanding hotel mid-range di Kuala Lumpur. Menjadikannya antara pilihan menarik untuk percutian Gen Z. Antara pilihan popular termasuk The Orient Jakarta yang menampilkan estetika mewah. Pullman Central Park yang bersambung terus dengan pusat beli-belah antara tarikan utama Gen Z kerana kemudahan untuk bergerak. Morrissey Hotel dengan konsep industrial-chic, serta Artotel Thamrin yang artsy dan sangat Instagrammable juga menarik perhatian Gen Z untuk “posting” di media sosial. Harga penginapan bagi hotel bertaraf 4 bintang ini bermula dari RM120–RM180 semalam, manakala hotel 5 bintang di Jakarta boleh didapati pada harga RM250–RM400. Membolehkan pelancong menikmati pengalaman luxury tanpa perlu membakar
poket.

Artikel Berkaitan: THE ASIAN HOT CHEF LIST: 5 WAJAH KULINARI PALING MENARIK 2025