Skip to content

5 JENAMA LOKAL ‘GEN Z’ INDONESIA YANG MENJADI PILIHAN PELANCONG MALAYSIA

5 JENAMA LOKAL ‘GEN Z’ INDONESIA YANG MENJADI PILIHAN PELANCONG MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Indonesia telah menjadi salah satu negara dengan jenama lokal yang menarik perhatian orang luar untuk membeli-belah. 

Gelombang jenama lokal Indonesia semakin mendapat perhatian pelancong Malaysia, terutama daripada generasi muda yang mencari produk unik, ‘aesthetic’ dan berkualiti tinggi tanpa harga yang melampau. Dari fesyen ke haruman, jenama-jenama ini bukan sahaja popular di Indonesia, tetapi turut menjadi buruan rakyat Malaysia setiap kali berkunjung ke Jakarta, Bandung atau Bali. Berikut ialah lima jenama lokal “Gen Z-approved” yang kini menjadi pilihan utama pelancong Malaysia.

#1 Drunk Dad

Antara jenama streetwear paling hip di Indonesia, Drunk Dad terkenal dengan gaya visual yang bold, quirky dan sedikit rebellious. Koleksinya sering memaparkan potongan unik dan oversized serta warna-warna yang mencuri perhatian dan praktikal untuk dipakai. Pelancong Malaysia menggemarinya kerana vibe Y2K + grunge yang selari dengan gaya fesyen Gen Z hari ini. Harga yang mesra poket turut menjadikan Drunk Dad antara must-buy setiap kali ke Indonesia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Drunk Dad (@drunkdadinthelobby)

#2 Alchemist Perfume

Jenama minyak wangi indie ini menjadi fenomena di TikTok Indonesia dan kini mula mendapat peminat tegar dari Malaysia. Alchemist Perfume terkenal dengan haruman uniseks yang moden, creamy, wangi dan tahan lama dengan harga yang lebih mampu milik berbanding jenama niche antarabangsa. Ramai pelancong Malaysia menjadikannya sebagai alternatif kepada minyak wangi designer. Dengan rangkaian wangian yang banyak, kualiti premium, tetapi harga yang sangat berbaloi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alchemist (@alchemist.fragrance)

#3 Bags by KAMI for Kamu

Bags by KAMI for Kamu menawan hati Gen Z dengan beg yang minimal, comel dan versatil. Rekaan mereka sering menampilkan siluet lembut, warna pastel, dan material lembut yang selesa digunakan setiap hari. Ia sangat sesuai untuk mereka yang menggemari gaya clean girl, coquette atau minimalist. Tak hairanlah beg ini sering diborong oleh pengunjung Malaysia kerana ia mudah dipadankan dengan apa jua outfit.

#4 Paddy Playstore

Paddy Playstore dikenali sebagai syurga aksesori cute essentials untuk Gen Z. Daripada casing telefon, keychains, pouch comel, hingga aksesori harian yang bertemakan warna bold. Konsepnya ringan, fun dan playful, menjadikannya kedai kegemaran pelancong Malaysia yang suka membeli cenderamata manis untuk diri sendiri atau rakan-rakan. Harga mampu milik dan variasi produk yang banyak menjadikannya antara kedai paling kerap diserbu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Paddy Playstore (@paddyplaystore)

#5 Mote Mote

Jika anda sukakan aksesori berinspirasi handmade dan craft aesthetic, Mote Mote ialah jenama wajib singgah. Dikenali dengan manik-manik buatan tangan (hand-beaded), gelang, rantai dan phone straps yang unik, jenama ini menawarkan produk yang feminin, chic dan sangat Gen Z-coded. Setiap rekaan mempunyai sentuhan peribadi, menjadikan Mote Mote pilihan pelancong Malaysia yang ingin mencari sesuatu yang lain daripada pasaran mainstream.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @mote__mote

Jenama-jenama lokal Indonesia ini bukan sahaja mencerminkan cita rasa Gen Z yang kreatif dan ekspresif, tetapi juga menunjukkan bagaimana budaya pop, media sosial dan gaya hidup moden membentuk pilihan pengguna hari ini. Tidak hairanlah ia menjadi wishlist wajib rakyat Malaysia setiap kali melancong ke negara jiran itu.

Pautan berkaitan: 6 LABEL TEMPATAN YANG MENDOMINASI TAHUN 2025

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

adrian khalif alamak

KENALI PENYANYI DARI INDONESIA, ADRIAN KHALIF. KINI POPULAR DENGAN LAGU ‘ALAMAK’.

Bacaan Lanjut