PENGALAMAN MAGIS POP-UP COACH HOLIDAY 2025
#StyledByJK bersama GL Gang, Jansen menampilkan trik mudah penggayaan musim percutian dengan padanan segar daripada koleksi Coach Holiday 2025.

Musim perayaan kali ini menjadi lebih mempesonakan apabila Coach mengajak para pengunjung melangkah ke dunia penuh fantasi melalui tiga pop-up eksklusif yang kini dibuka di The Gardens Mall, The Exchange TRX dan Genting Highlands Premium Outlets sehingga 4 Januari 2026. Terinspirasi daripada suasana hutan musim sejuk yang penuh keajaiban, setiap pop-up direka untuk membangkitkan deria dan menghidupkan magis perayaan.
Pengunjung akan disambut dengan atmosfera magikal. Makhluk hutan yang seolah-olah berkeliaran, kejutan tersembunyi di setiap sudut, serta gabungan aroma pohon pine yang menenangkan dan udara musim sejuk yang segar. Bunyi ciapan burung, salji yang berkisar dan desiran dedaunan pula melengkapkan pengalaman yang membawa pengunjung seolah-olah masuk ke dunia percutian musim sejuk yang sebenar.
#StyledbyJK bersama Jansen Lau
Bagi memeriahkan lagi kemunculan koleksi Coach Holiday 2025, Sesi styling #StyledbyJK bersama GL Gang, Jansen untuk penggayaan elevate bersama Pengarah Kreatif GLAM Lelaki, Johan Kassim. Dalam sesi ini, Johan membantu Jansen memilih padanan pakaian dengan aksesori daripada koleksi Coach Holiday 2025, mencipta gaya perayaan yang moden, segar dan penuh karakter. Hasilnya, setiap penampilan digarap dengan sentuhan kreatif Johan yang terkenal dengan gaya sofistikated dan berani.
Jansen Lau membentuk gaya fesyen yang diinspirasikan daripada suasana parti, sesuai untuk acara akhir tahun atau sambutan New Year’s Eve yang penuh kemeriahan. Menampilkan pendekatan kasual tetapi tetap stylish (jaket varsity dan denim), Jansen membuktikan bahawa penampilan santai boleh kelihatan moden dan sofistikated dengan padanan yang tepat. Pilihan busana Coach yang digayakan menyerlahkan keseimbangan antara keselesaan dan gaya, menjadikannya ideal untuk acara malam yang berlangsung lama.
Dalam melengkapkan penampilannya, Johan memadankan gaya Jansen bersama Tabby Shoulder Bag sebagai item utama yang menambah elemen elegan dan praktikal. Reka bentuk beg ini yang ikonik serta versatil menjadikannya mudah dipadankan dengan pelbagai gaya, sama ada untuk majlis santai bersama rakan atau parti eksklusif menjelang tahun baharu. Perincian halus dan siluet moden Tabby Shoulder Bag memberikan sentuhan mewah tanpa kelihatan berlebihan.
Aktiviti menarik untuk pengunjung
Selain itu, Coach menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung. Pada hari bekerja, pengikut Instagram @coachseasia boleh menebus polaroid edisi khas Coach Holiday secara percuma di mana-mana pop-up. Pada hujung minggu pula, pengunjung boleh mendaftar untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah eksklusif seperti Coach Holiday Puffy Stickers, kertas pembalut perayaan, poskad, baucar Coach Coffee Shop serta hadiah utama misteri.
Pemberian hadiah berlangsung setiap hujung minggu, termasuk hujung minggu panjang Malam Krismas (24–28 Disember 2025) dan hujung minggu panjang Malam Tahun Baharu (31 Disember 2025–4 Januari 2026).
Dengan suasana magis, gaya perayaan dan aktiviti istimewa, Coach Holiday Pop-ups menawarkan pengalaman musim perayaan yang benar-benar tidak boleh dilepaskan.
Artikel berkaitan: THE GIFT FOR NEW ADVENTURES, KEMPEN ISTIMEWA DARI COACH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.
BEG LELAKI YANG GABUNGKAN FUNGSI DAN STAIL, TIRU GAYA BEG MEERQEEN INI
Beg bukan sekadar aksesori, tetapi pelengkap gaya yang praktikal, seperti Meerqeen yang hadir dengan penampilan penuh gaya.













