Skip to content

KENALI DR ZAMIR HILMAN HAMZAH, SUAMI KEPADA SISSY IMANN

KENALI DR ZAMIR HILMAN HAMZAH, SUAMI KEPADA SISSY IMANN

Kongsikan artikel ini

Sissy Iman kini sudah bergelar isteri kepada Dr Zamir Hilman Hamzah setelah dinikahkan oleh bapanya di Putrajaya. 

Pada 12 Disember 2025, penyanyi dan penulis lagu Sissy Iman telah selamat diijabkabulkan bersama jejaka pilihannya, Dr. Zamir Hilman Hamzah. Dikenali sebagai seorang doktor perubatan yang berdedikasi dan berwawasan, Dr. Zamir kini bukan sekadar seorang profesional kesihatan yang komited membantu masyarakat mencapai tahap kesihatan optimum, malah pasangan hidup kepada selebriti terkenal Sissy Iman.

Majlis akad nikah yang berlangsung secara peribadi namun sarat makna itu diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Acara dimulakan dengan majlis pertunangan, di mana satu dulang hantaran daripada pihak lelaki dibalas dengan tiga dulang daripada pihak perempuan. Sissy turut menerima tiga bentuk cincin berlian sebagai tanda pengikat dan simbolik ikatan pertunangan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

Dalam suasana yang penuh khusyuk dan menyentuh hati, Sissy dinikahkan sendiri oleh bapanya, Encik Mohammad Kamil bin Mustaffa. Ianya turut disaksikan oleh keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat kedua-dua mempelai. Sebagai mas kahwin, Sissy menerima seutas gelang emas bernilai RM6,840. Pertukaran hantaran turut berlangsung mengikut adat, dengan tiga dulang daripada pihak Sissy dibalas lima dulang daripada pihak lelaki.

Antara hantaran yang paling mencuri tumpuan ialah nombor plat kereta khas ‘SIS5795’, gabungan unik nama Sissy dan tahun kelahirannya, 1995. Turut menjadi perhatian ialah hadiah percutian bulan madu ke Rome, Italy—melambangkan permulaan indah perjalanan bahagia mereka sebagai suami isteri.

Siapakah Dr. Zamir Hilman Hamzah?

Berkelulusan MBBS dari Rusia, Dr. Zamir Hilman merupakan doktor bertauliah yang menumpukan kariernya kepada rawatan berasaskan bukti serta pendekatan perubatan yang menyeluruh. Beliau percaya bahawa kesihatan sebenar tidak hanya bergantung pada rawatan simptom, tetapi pada pemahaman punca asas penyakit. Apa yang membezakan Dr. Zamir ialah keyakinannya terhadap root-cause medicine, iaitu perubatan yang memberi penekanan kepada punca sebenar sesuatu kondisi. Beliau menekankan bahawa untuk mencapai kesihatan yang berkekalan, seseorang perlu memahami faktor yang mencetuskan masalah kesihatan mereka.

Dr Zamir turut aktif di sosial media, berkongsi tip kesihatan bersama pengikutnya. Hubungan Dr. Zamir dan Sissy Iman dikatakan bermula dari doktor dan perawat sebelum mereka kenal lebih rapat sebagai sahabat.

 

Pautan berkaitan: KENALI MR. E, EZWAN ZAIN BAKAL SUAMI ERRA FAZIRA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut