Skip to content

sharul aimy

SHARUL AIMY RAIH PINGAT EMAS DI SUKAN SEA, “SAYA GEMBIRA KEMBALI DI ATAS PODIUM KEMENANGAN.”

Kongsikan artikel ini

Cover boy GLAM Lelaki, Sharul Aimy meraih pingat emas di Sukan SEA. Mencatat 13.833 mata pada aksi akhir dalam acara melombol lelaki. 

Atlet gimnastik artistik negara, Sharul Aimy, mencipta detik penuh bermakna apabila berjaya meraih pingat emas dalam temasya Sukan SEA, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas serantau. Kejayaan ini menjadi simbol kebangkitan Sharul Aimy selepas melalui tempoh sukar yang dipenuhi cabaran dan kecederaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharul Aimy (@sharulaimy)

Sharul Aimy, juga meraih pingat gangsa, mempamerkan persembahan cemerlang dalam acara kekuda berpelana lelaki.

Sharul Aimy membawa pulang emas dalam acara melombol lelaki dengan catatan 13.833 mata pada aksi final di Gimnasium 5, Universiti Thammasat, Kampus Rangsit. Aksi bertenaga dan penuh ketepatan itu dipersembahkan di Gimnasium Universiti Thammasat, Pathum Thani, membuktikan tahap persiapan serta ketahanan mentalnya di pentas akhir.

Kejayaan tersebut amat bermakna memandangkan Sharul Aimy sebelum ini bergelut dengan kecederaan yang hampir mematahkan semangatnya. “Saya sebelum ini dihimpit kecederaan dan saya hampir putus asa. Apapun, saya gembira kembali di atas podium kemenangan,” katanya sejurus tamat pertandingan.

Pingat emas ini turut menjadi pingat kedua buat Sharul Aimy di Sukan SEA edisi kali ini selepas dia meraih pingat gangsa sehari sebelumnya, sekali gus membuktikan konsistensi prestasinya sepanjang kejohanan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharul Aimy (@sharulaimy)

Pingat emas untuk acara badminton beregu wanita

Kejayaan Malaysia di Sukan SEA turut diteruskan dalam arena badminton apabila gandingan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah. Menepati ramalan dengan menamatkan kemarau 10 tahun pingat emas bagi acara tersebut. Pasangan yang menghuni ranking nombor dua dunia itu mempamerkan aksi cemerlang sebelum menewaskan wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Meilysa Trias Puspitasari. Dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Gimnasium Universiti Thammasat.

Kejayaan Sharul Aimy serta Pearly-Thinaah bukan sahaja membanggakan negara, malah menjadi suntikan semangat kepada seluruh kontinjen Malaysia. Membuktikan bahawa atlet negara mampu bersaing dan cemerlang di peringkat tertinggi.

Artikel berkaitan: 5 PADEL COURTS PILIHAN GLAM LELAKI UNTUK TAHUN 2025

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

sharul aimy

5 Atlet Lelaki Kacak & Mesti Kenali di Sukan SEA 2025

Bacaan Lanjut

5 DRAMA & FILEM JAMES JIRAYU YANG HARUS MASUK ‘WATCHLIST’ ANDA

Bacaan Lanjut
GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL

GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL

Bacaan Lanjut

5 MENARIK MENGENAI FILEM MENCARI RAMLEE

Bacaan Lanjut

ISA KHAN PELAKON BERBAKAT MESTI KENALI

Bacaan Lanjut

7 FILEM HEBAT LAKONAN DATUK AARON AZIZ

Bacaan Lanjut