MIKI GHAZALI RANGKUL PINGAT EMAS PADA USIA 16 TAHUN
Miki Ghazali menumbangkan lawan dari Thailand untuk merangkul emas dalam penampilan sulung di Sukan SEA.
Petarung muda negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar terus mengharumkan nama Malaysia apabila menghadiahkan pingat emas dalam acara Muay Thai lelaki 57 kilogram (kg) pada Sukan SEA Thailand 2025. Kejayaan itu diraih selepas Miki menewaskan Suphakon Sirilun, pada aksi final yang berlangsung di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok.
Meskipun tampil dalam penampilan sulung di temasya dwitahunan berprestij itu, Mikail atau lebih dikenali sebagai Miki mempamerkan aksi penuh matang, tenang dan berdisiplin tinggi. Atlet berusia 16 tahun ini tidak gentar berdepan tekanan hebat daripada lawan mahupun sorakan padu penyokong tuan rumah yang memenuhi stadium.
Pada pusingan pertama, Miki berjaya mengawal rentak perlawanan dengan strategi kemas untuk mendahului 10-9. Suphakon cuba bangkit pada pusingan kedua dengan aksi lebih agresif, namun keupayaan Miki membaca pergerakan lawan serta mengekalkan konsistensi serangan membolehkannya sekali lagi meraih kelebihan 10-9.
Atlet muda harapan Malaysia
Mikail Ghazali merupakan antara prospek paling cerah Muay Thai negara. Dilahirkan di Malaysia, Miki mula berkecimpung dalam sukan Muay Thai sejak usia muda dan kini berlatih secara profesional di Thailand. Dikenali dengan gaya bertarung berdisiplin, teknik kemas serta ketahanan mental yang tinggi. Miki sering mencuri perhatian di kejohanan antarabangsa walaupun masih di peringkat remaja.
Kejayaan di Sukan SEA 2025 ini mengukuhkan statusnya sebagai pelapis utama Muay Thai negara. Menjadi bukti Malaysia memiliki bakat muda berpotensi besar untuk bersaing di pentas dunia pada masa hadapan.
Artikel berkaitan: DEVANO DANENDRA, BINTANG MUDA INDONESIA YANG SEMAKIN HANGAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EDDY SYAMIN, “TAHUN 2026 ADALAH TENTANG FOKUS DAN PERTUMBUHAN.”
Kali terakhir GLAM Lelaki bertemu Eddy Syamin adalah sewaktu dia menghiasi cover ALPHAMEN sempena ulang tahun ke-15. Kini, Eddy Syamin lebih matang dan punya misi lebih besar.
MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025
Tahun 2025 mengubah landskap horologi global dengan momen jam tangan selebriti, Rolex, TAG Heuer dan Formula 1.
5 PENAMPILAN JOHAN GHAZALI TAHUN 2025 PILIHAN GLAM LELAKI
Tahun 2025 menampilkan penampilan Johan Ghazali yang versatil, penuh karisma dan masih selesa untuk diikuti.
TIMEPIECES OF SUCCESS: KOLEKSI JAM TANGAN JOHAN GHAZALI
Intip koleksi jam tangan mewah Johan Ghazali. Hublot Classic Fusion dan Rolex ikonik, lengkap dengan harga dan keistimewaan setiap model.
ATLET SUKAN GENERASI BAHARU YANG SEMAKIN MENYERLAH
Sukan SEA 2025 menjadi pentas kebangkitan atlet generasi baharu Malaysia yang tampil konsisten dan berdaya saing.
SHARUL AIMY RAIH PINGAT EMAS DI SUKAN SEA, “SAYA GEMBIRA KEMBALI DI ATAS PODIUM KEMENANGAN.”
Sharul Aimy meraih pingat emas di Sukan SEA. Mencatat 13.833 mata pada aksi akhir dalam acara melombol lelaki.











