Skip to content

SENARAI WAJIB TONTON: FILEM TAHUN 2026

SENARAI WAJIB TONTON: FILEM TAHUN 2026

Kongsikan artikel ini

Setiap filem-filem baharu yang bakal menemui penonton pada tahun 2026 sememangnya menarik dan penuh nostalgia. 

Tahun 2026 dijangka menjadi antara tahun paling dinanti dalam dunia perfileman. Dengan kepulangan francais ikonik, sekuel berprofil tinggi dan kisah baharu yang menjanjikan pengalaman sinematik luar biasa. Daripada dunia adiwira Marvel yang semakin kompleks, hingga naskhah seram yang menguji emosi. Filem nostalgia yang membangkitkan kenangan ditawarkan oleh tahun 2026 dengan kepelbagaian genre untuk setiap jenis penonton. Sama ada anda peminat aksi epik, drama berlapis, animasi penuh emosi atau thriller mendebarkan, senarai filem ini wajar berada dalam radar tontonan anda sepanjang tahun.

#1 Pemuja

Mengisahkan Qistina (Yasmin Hani) dan Aqil (Qi Razali), pasangan suami isteri yang tertekan akibat masalah kewangan dan tragedi keluarga. Mereka berpindah ke rumah pusaka arwah bapa Qistina di sebuah kampung terpencil bersama anak mereka, Laila. Apa yang bermula sebagai peluang untuk memulakan hidup baharu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kejadian aneh mula menghantui rumah tersebut. Apabila Qistina mendapatkan rawatan daripada seorang bomoh tempatan, perubahan mengerunkan mula berlaku, memaksa Aqil membongkar rahsia gelap rumah pusaka itu sebelum segalanya terlambat.

Tarikh Tayangan: 22 Januari 2026

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Teo (@davidteo99)

#2 Avengers: Doomsday

Kembali dari francais Avengers, Avengers: Doomsday menyatukan Avengers, Wakanda, Fantastic Four, New Avengers dan X-Men dalam satu pertempuran besar. Mereka bakal merentasi multiverse apabila ancaman baharu muncul—Doctor Doom. Dengan dunia berada di ambang kehancuran, wira-wira dari pelbagai alam terpaksa bekerjasama untuk menghentikan kuasa gelap yang mampu mengubah nasib seluruh realiti. Dipimpin oleh wira-wira seperti Thor (Chris Hemsworth), Captain America (Anthony Mackie), Loki (Tom Hiddleston), Shuri (Letitia Wright) dan Ant-Man (Paul Rudd), pertempuran merentasi multiverse ini akan menentukan masa depan seluruh realiti.

Tarikh Tayangan: 18 Disember 2026 (US)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marvel Studios (@marvelstudios)

#3 Spider-Man: Brand New Day

Spider-Man: Brand New Day mengikuti kehidupan baharu Peter Parker (Tom Holland) selepas dunia melupakannya. Apabila dia cuba membina semula identiti, persahabatan dan tanggungjawabnya sebagai Spider-Man. Peter berdepan ancaman lama dan baharu yang menguji kematangannya sebagai wira, termasuk kehadiran watak-watak berpengaruh seperti Hulk (Mark Ruffalo) dan Frank Castle / The Punisher (Jon Bernthal). Dalam fasa baharu ini, Spider-Man terpaksa menentukan siapa dirinya—tanpa perlindungan masa lalu.

Tarikh Tayangan: 31 Julai 2026 (US)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Spider-Man (@spidermanmovie)

#4 Toy Story 5

Toy Story 5 membawa penonton kembali ke dunia mainan apabila Woody, Buzz Lightyear dan rakan-rakan lama mereka berdepan cabaran baharu dalam era permainan moden. Dengan kemunculan watak-watak baharu yang disuarakan oleh Anna Faris dan Conan O’Brien, persahabatan, tujuan hidup dan makna menjadi “mainan” sekali lagi diuji, dalam satu pengembaraan yang penuh emosi, humor dan nostalgia.

Tarikh Tayangan: 19 Jun 2026 (US)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Disney (@disney)

#5 Scream 7

Scream 7 menyaksikan kembalinya Sidney Prescott (Neve Campbell) apabila seorang pembunuh baharu bertopeng Ghostface mula menyasarkan anak perempuannya. Dibantu oleh Gale Weathers (Courteney Cox) serta generasi baharu yang diketuai oleh Jasmin Savoy Brown dan Mason Gooding, Sidney sekali lagi terperangkap dalam permainan pembunuhan yang penuh teka-teki, di mana tiada siapa boleh dipercayai dan setiap rahsia membawa maut.

Tarikh Tayangan: 27 Februari 2026 (US)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scream (@screammovies)

#6 The Devil Wears Prada 2

The Devil Wears Prada 2 menyaksikan kembalinya Miranda Priestly (Meryl Streep) dalam dunia fesyen yang kini jauh berubah. Apabila Andrea Sachs (Anne Hathaway) kembali berdepan bekas bosnya. Dia bersama Emily Charlton (Emily Blunt) dan Nigel (Stanley Tucci). Persaingan lama, cita-cita dan kuasa dalam industri fesyen bertembung sekali lagi—membuktikan bahawa dunia Miranda Priestly masih kejam, bergaya dan penuh strategi.

Tarikh Tayangan: 1 Mei 2026 (US)

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.