10 SELEBRITI DI KARPET MERAH GOLDEN GLOBES 2026 PILIHAN GLAM LELAKI
Karpet merah Golden Globes 2026 menjadi medan pertembungan antara glamor klasik dan keberanian moden oleh selebriti yang hadir.
Tahun ini di Golden Globes 2026, fesyen bukan sekadar cantik di mata, tetapi bercerita tentang identiti, keyakinan dan kuasa personaliti. Dari tailoring maskulin yang tajam, gaun couture penuh drama, hinggalah pasangan selebriti yang tampil serasi tanpa perlu mencuba terlalu keras – setiap penampilan dipilih bukan kerana populariti semata, tetapi kerana impak visual dan aura yang ditinggalkan.
Berikut adalah 10 selebriti di karpet merah Golden Globes 2026 pilihan GLAM Lelaki – mereka yang membuat kamera berhenti, dunia fesyen berbicara, dan peminat tidak berhenti memerhati.
#1 Jacob Elordi

Jacob Elordi membuktikan sekali lagi mengapa dia adalah antara lelaki paling effortlessly attractive di Hollywood hari ini. Dalam persalinan Bottega Veneta, Jacob tampil dengan sut yang bersih, berstruktur dan sangat moden – tiada logo besar, tiada perincian berlebihan, hanya potongan yang sempurna.
#2 Hudson Williams

Pelakon siri terhangat Heated Rivalry, Hudson Williams muncul sebagai kejutan manis di karpet merah dengan penampilan yang sangat sleek. Sut putih bersama seluar hitam Giorgio Armani yang digayakan padanya memberi sentuhan klasik yang refined, manakala kasut Christian Louboutin menambah elemen bold dan moden.
#3 Connor Storrie

Connor Storrie membawa aura rockstar sophistication dalam persalinan Saint Laurent. Potongan sut yang sedikit tajam, sedikit rebel, dipadankan dengan kemasan kemas menjadikan look ini sangat berkarakter. Perhiasan Tiffany & Co. pula menambah sentuhan mewah tanpa mengganggu keseluruhan estetika.
#4 Joshua (SEVENTEEN)

Joshua tampil sebagai lambang keanggunan lelaki moden Korea – bersih, lembut, dan sangat teratur. Walaupun fokus pada perhiasan Chaumet, keseluruhan penampilannya memancarkan aura prince energy. Setiap perincian digayakan dengan teliti, dari rambut hingga postur.
#5 LISA (BLACKPINK)

LISA tidak pernah sekadar hadir – dia menguasai. Dalam gaun Jacquemus yang berstruktur tetapi sensual, dipadankan dengan perhiasan Bulgari, LISA memancarkan kuasa wanita moden. Berani, tajam, dan jelita. Siluetnya kuat, langkahnya yakin, dan pandangannya penuh dominasi.
#6 Ariana Grande

Ariana Grande membawa fantasi dan drama dalam persalinan Vivienne Westwood. Gaunnya berstruktur, penuh karakter dan sedikit teatrikal – sangat selari dengan imejnya yang feminin tetapi kuat. Ada sentuhan old Hollywood romance, ada juga elemen moden yang tajam.
#7 Mia Goth

Mia Goth sentiasa memilih untuk menjadi berbeza, dan itulah yang menjadikannya menarik. Dalam persalinan Dior, Mia tampil dengan aura misteri, sedikit gelap, tetapi sangat artistik. Penampilannya bukan untuk semua orang – dan itu yang membuatnya kuat, dan kekal elegan.
#8 Jenna Ortega

Jenna Ortega terus mengukuhkan identitinya sebagai ikon muda dengan jiwa gelap. Dalam rekaan Dilara Findikoglu, Jenna membawa estetika gothic moden yang sensual, edgy dan penuh sikap. Potongan berani, siluet dramatik dan aura dingin menjadikan dia kelihatan seperti watak utama dalam dunia yang diciptanya sendiri. Jenna kecil molek, tetapi tenaganya besar.
#9 Adam Brody & Leighton Meester

Pasangan ini adalah definisi effortless couple goals. Adam tampil santai tetapi kemas, manakala Leighton dalam Miu Miu membawa keanggunan feminin yang lembut tetapi berkelas. Mereka tidak perlu berlebihan untuk mencuri perhatian – keserasian mereka sudah cukup.
#10 Nick Jonas & Priyanka Chopra

Nick Jonas dan Priyanka Chopra adalah pasangan kuasa sebenar di karpet merah. Priyanka dalam Dior tampil seperti dewi – anggun, kuat dan mempesona. Nick pula dalam Berluti membawa gaya maskulin yang kemas dan matang. Mereka tidak bersaing antara satu sama lain, sebaliknya saling melengkapkan.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SUARA KINI: ALVY JOANNA JUMPA JIWA DALAM IMEJ BAHARU
Untuk isu September 2026, GLAM Lelaki bawakan Alvy Joanna, salah seorang daripada empat penyanyi dengan latar belakang yang berbeza.
8 BINTANG K-POP SPOTTED DI F1 GRAND PRIX SINGAPURA 2026
F1 Grand Prix Singapura 2026 bertukar menjadi F1 GP K-Pop dengan kehadiran bintang K-Pop yang memeriahkan lagi acara itu.
5 FAKTA TENTANG PERNIKAHAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH
Syed Saddiq bersama Bella Astillah selamat diijabkabulkan pada 10 Oktober 2026. Ketahui lima perkaran mengenai pernikahan mereka.
SEKALI LAFAZ, SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH SAH BERGELAR SUAMI ISTERI
Hantaran istimewa daripada Syed Saddiq buat Bella ialah pakej melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana serta wang simpanan.
GAMBAR PRA-PERKAHWINAN SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq melangkah ke alam perkahwinan bersama selebriti terkenal, Bella Astillah, hari ini, 10 Oktober.
ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE
Zarif Ghazzi membuka interpretasi tersendiri terhadap rekaan terbaharu Royal Oak Offshore, menyerlahkan semangat yang kekal relevan serta tenaga berani yang menjadi identiti koleksi ikonik ini.











