GENERASI GL: “PADA SAYA, FESYEN MERENTASI MASA, USIA DAN BUDAYA,” RAFAEL
GLAM Lelaki bawakan Generasi GL, untuk lembaran personaliti isu April 2026 dan kali ini, temubual bersama model, Rafael
Generasi terkini yang menghasilkan karya kreativiti sebagai karier. Pelakon muda, peragawan, pengarah, pempengaruh hingga ke usahawan. Setiap generasi muda ini dikumpulkan sebagai satu kelompok yang sama, Generasi GL sebagai wakil generasi terkini. Rafael semestinya menjadi kegemaran GLAM Lelaki. Wajahnya sentiasa di lembaran fesyen isu cetakan GLAM Lelaki, sejak Mac tahun lepas. Kini tampil lebih ikonik, Rafael menjadi salah seorang wajah yang menghiasi lembaran personaliti, Generasi GL. Wajah kacak dan keunikkan dirinya menjadikannya kegemaran kebanyakkan jenama fesyen.

#1 Bagaimanakah pandangan anda terhadap persaingan yang sering diperkatakan antara Generasi Z dan Milenial?
Pada pendapat saya, persaingan antara Generasi Z dan Milenial sebenarnya boleh menjadi sesuatu yang sihat jika ia datang daripada rasa ingin belajar dan berkembang. Bagi saya, kedua-dua generasi ini juga saling memerlukan dan memainkan peranan yang berbeza.
#2 Apakah satu perkara yang paling anda hargai tentang hidup pada tahun 2026?
Perkara yang paling saya hargai tentang kehidupan pada tahun 2026 ialah kebebasan untuk menjadi diri sendiri tanpa perlu memenuhi kehendak orang lain.
#3 Bagaimana anda mentakrifkan maksud muda (youth)? Adakah ia tentang umur atau pemikiran?
Bagi saya, “muda” bukan tentang usia semata-mata. Tetapi, ia tentang cara seseorang itu berfikir. Ia ialah satu keinginan untuk terus belajar, mencuba, dan percaya bahawa ‘the right time will come in the right place’.
#4 Pernahkah anda melalui detik di mana anda merasakan seolah-olah anda berada dalam generasi yang salah?
Ya, ada kalanya saya rasa seolah-olah saya berada dalam generasi yang salah. Terutamanya apabila nilai dan minat saya berbeza daripada orang sekeliling. Tetapi lama-kelamaan, saya sedar bahawa perasaan itu hanyalah tanda bahawa saya sedang mencari identiti saya sendiri.
#5 Adakah anda percaya fesyen mempunyai sempadan generasi, atau ia wujud melangkaui umur dan masa?
Saya percaya bahawa fesyen tidak mempunyai sempadan generasi. Ia merentasi masa, usia dan budaya. Apa yang penting ialah bagaimana seseorang mengekspresikan keyakinan dirinya.
Pautan berkaitan: GENERASI GL: “UNTUK SAYA, FESYEN TIDAK MENGENALI USIA.” – ICYY
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AKSESORI LELAKI 2026: 7 ITEM KECIL YANG TERUS NAIKKAN GAYA
Salah satu cara mudah untuk lelaki meningkatkan gaya fesyen mereka pada tahun 2026 ialah dengan aksesori yang menyerlah, tetapi effortless.
SELEBRITI WANITA YANG BERJAYA REBRAND IMEJ MEREKA
Sudah tentu kita ada selebriti wanita yang rebrand imej mereka di dalam fikiran kita. Gadis-gadis ini penuh dengan individuality.
PANDUAN AKTIVITI MENARIK DI KIMPTON NALURIA KUALA LUMPUR JULAI 2026
Terokai kalendar Julai 2026 Kimpton Naluria Kuala Lumpur. Nikmati hidangan unik di Rise & Grind, Tuai & Till, Sabato's, dan bar Four Siblings.
SUNGLASSES TREND 2026: FRAME MANA PALING HOT?
Dari runway luxury hingga teknologi wearable, ini tiga arah besar yang mendefinisikan gaya sunglasses lelaki moden pada tahun 2026.
BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR
Salah satu trend yang boleh dilihat dari minggu fesyen tahun ini ialah bag charm, yang kini menjadi aksesori utama buat lelaki.
STATEMENT BELT + SAGGING KINI JADI GAYA KEGEMARAN GEN Z?
Cara untuk kenali Gen Z di jalanan? Statement belt dan sagging pants, trend terkini buat Gen Z. Yes, we're calling CORTIS and LNGSHOT out.











