Skip to content

GENERASI GL: "2026 ADA RUANG UNTUK MENCUBA PERKARA BAHARU DAN MEMPERLAHANKAN LANGKAH." - MUAZ RABBANI

GENERASI GL: “2026 ADA RUANG UNTUK MENCUBA PERKARA BAHARU DAN MEMPERLAHANKAN LANGKAH,” MUAZ RABBANI

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki bawakan Generasi GL, lembaran personaliti isu April 2026 dan kali ini, temubual bersama drummer Midnight Fusic, Muaz Rabbani. 

Generasi terkini yang menghasilkan karya kreativiti sebagai karier. Pelakon muda, peragawan, pengarah, pempengaruh hingga ke usahawan. Setiap generasi muda ini dikumpulkan sebagai satu kelompok yang sama, Generasi GL sebagai wakil generasi terkini. Muaz Rabbani merupakan drummer kepada band yang cukup dikenali di Malaysia, Midnight Fusic. Pengaruhnya dalam dunia muzik cukup besar, bersama ahli kumpulannya. Sebagai wakil dari Midnight Fusic, Muaz Rabbani menjadi salah seorang yang menghiasi lembaran Generasi GL untuk isu kali ini.

generasi gl muaz rabbani

#1 Bagaimanakah pandangan anda terhadap persaingan yang sering diperkatakan antara Generasi Z dan Milenial?  

Saya membesar dengan empat orang abang dan kakak (Millennial), jadi secara semula jadi saya banyak mengikut citarasa mereka. Dari muzik, fesyen, hinggalah permainan. Hampir semua yang saya miliki adalah barang turun-temurun daripada mereka. Saya rasa Generasi Z sentiasa memerlukan Milenial sebagai rujukan dalam satu cara. Untuk belajar daripada pengalaman dan pilihan mereka, supaya kami boleh membuat keputusan sendiri dan berfikir secara berbeza. Pada masa yang sama, saya rasa Milenial juga sentiasa memerlukan kami untuk terus menolak sempadan dan mencabar norma.

#2 Apakah satu perkara yang paling anda hargai tentang hidup pada tahun 2026?

Saya suka bahawa kini pendapat tentang kita tidak semestinya perlu mempunyai semuanya sudah teratur pada satu tahap tertentu dalam hidup sudah diterima.  Ada ruang untuk mencuba perkara baharu, atau untuk memperlahankan langkah. Setiap orang berada di laluan pertumbuhan diri masing-masing, dan saya suka kebebasan itu.

#3 Bagaimana anda mentakrifkan maksud muda (youth)? Adakah ia tentang umur atau pemikiran?

Bagi saya, menjadi muda sentiasa berkait dengan sifat ingin tahu. Tertanya-tanya bagaimana dan mengapa sesuatu berlaku, serta keinginan untuk belajar dan meneroka pengalaman baharu. Satu lagi aspek bagi saya sekarang ialah kekal aktif dan cergas, supaya kita boleh terus melakukan apa yang kita lakukan dan menjadi lebih baik seiring usia.

#4 Pernahkah anda melalui detik di mana anda merasakan seolah-olah anda berada dalam generasi yang salah? 

Saya selalu rasa begitu terutamanya apabila mendengar band dan artis kegemaran saya yang kebanyakannya dari era 70-an hingga 90-an.Itulah saat saya berharap saya dilahirkan dalam generasi tersebut dan dapat mengalami budaya itu buat pertama kali. Jadi secara diam-diam saya cemburu dengan ibu bapa saya dalam hal itu.

#5 Adakah anda percaya fesyen mempunyai sempadan generasi, atau ia wujud melangkaui umur dan masa?

Saya rasa fesyen tidak terikat dengan usia. Ia hanyalah sesuatu yang kita pilih berdasarkan mood, perwatakan dan naluri kita.

Pautan berkaitan: GENERASI GL: “HIDUP TERASA SIBUK DAN SUKAR DIJANGKA, TAPI TEKNOLOGI DAN GAYA HIDUP LEBIH FLEKSIBEL.” – ARISA SORAYA