8 AKTIVITI MENARIK YANG SEMAKIN TRENDING DALAM KALANGAN GEN Z
Pelbagai aktiviti menarik yang kini semakin menjadi perhatian dalam kalangan Gen Z. Yang penting, setiap satunya memberi manfaat.
Generasi Z atau Gen Z hari ini semakin cenderung kepada gaya hidup yang lebih seimbang. Mereka menggabungkan kreativiti, kesihatan mental dan fizikal, serta pengalaman bermakna. Berbeza dengan stereotaip yang sering melekat, Gen Z sebenarnya aktif mencari aktiviti yang memberi nilai, bukan sekadar hiburan semata-mata. Berikut merupakan lapan aktiviti yang kini semakin trending dalam kalangan mereka.
#1 Kelab Buku
Ungkapan “membaca jambatan ilmu” kini kembali relevan. Gen Z semakin menunjukkan minat terhadap pembacaan, terutamanya melalui komuniti kelab buku. Di Malaysia, semakin banyak kelab buku yang menganjurkan sesi perbincangan, gathering santai, dan aktiviti interaktif yang menjadikan membaca lebih menyeronokkan dan tidak membosankan.
#2 Komuniti Kucing
Daripada cat café hingga ke pusat penjagaan dan foster house, Gen Z semakin tertarik dengan aktiviti yang melibatkan haiwan. Terutamanya kucing. Selain menjadi tempat melepas stres, aktiviti ini juga memberi peluang untuk membantu kucing terbiar melalui program adopsi dan penjagaan sementara.
#3 Yoga & Pilates
Kesedaran terhadap kesihatan semakin meningkat. Selain ke gym, Gen Z memilih yoga dan pilates sebagai alternatif untuk mengekalkan kecergasan. Aktiviti ini bukan sahaja membantu memperbaiki postur dan bentuk badan, tetapi juga menyumbang kepada keseimbangan mental. Menariknya, ia kini semakin popular dalam kalangan lelaki juga.
#4 Sukan Padel
Padel muncul sebagai sukan baharu yang semakin mendapat tempat di hati Gen Z. Gabungan antara tenis dan skuasy ini lebih santai dan mudah dipelajari, menjadikannya aktiviti sosial yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama rakan-rakan.
#5 Journaling
Dalam dunia digital, Gen Z kembali menghargai sesuatu yang bersifat fizikal. Journaling menjadi medium untuk merekod kenangan, meluahkan emosi, dan mengekspresikan kreativiti. Dengan sentuhan estetik, ia juga menjadi satu bentuk terapi diri yang semakin digemari.
#6 Short Trip ke Luar Negara
Percutian singkat ke luar negara menjadi pilihan utama Gen Z yang gemar mengumpul pengalaman. Destinasi seperti Labuan Bajo, Bangkok, Ho Chi Minh, dan Bali sering menjadi pilihan kerana jaraknya yang dekat serta kos yang lebih berpatutan.
#7 Konsert
Tidak kira artis tempatan atau antarabangsa, konsert sentiasa mendapat sambutan hangat. Dengan ramai Gen Z kini sudah bekerja, mereka mempunyai kemampuan untuk membeli tiket menggunakan adult money dan menikmati pengalaman muzik secara langsung. Tambahan pula, semakin ramai artis luar negara memilih Malaysia sebagai destinasi konsert.
#8 Aktiviti Kesenian
Daripada melawat galeri seni dan muzium hingga mencuba aktiviti seperti pottery, Gen Z semakin menghargai seni dalam pelbagai bentuk. Selain dapat mengambil gambar estetik, aktiviti ini juga membuka ruang untuk menambah ilmu dan menghasilkan karya sendiri dalam masa yang singkat.
Jelas bahawa Gen Z kini lebih memilih aktiviti yang memberi makna, keseimbangan, dan pengalaman baharu. Sama ada melalui seni, kesihatan, atau komuniti, generasi ini membuktikan bahawa gaya hidup moden boleh menjadi lebih mindful dan penuh inspirasi.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.





