Skip to content

LONGCHAMP X PATRICK JOUIN: EKSPLORASI BAHARU SENI REKA DAN KRAF KULIT DI MILAN DESIGN WEEK 2026

LONGCHAMP X PATRICK JOUIN: EKSPLORASI BAHARU SENI REKA DAN KRAF KULIT DI MILAN DESIGN WEEK 2026

Kongsikan artikel ini

Longchamp menghiasi Milan Design Week 2026 dengan koleksi perabot yang direka bersama Patrick Jouin, seorang pereka terkenal.

Jenama fesyen mewah dari Perancis, Longchamp meneruskan penerokaan mereka dalam dunia seni reka dengan kolaborasi eksklusif bersama pereka terkenal, Patrick Jouin. Dilancarkan sempena Milan Design Week 2026, kerjasama ini mengetengahkan gabungan inovasi kontemporari dan ketelitian kraf kulit yang menjadi identiti jenama tersebut.

Kolaborasi Longchamp x Patrick Jouin lahir daripada dialog kreatif yang telah lama terjalin antara Longchamp dan dunia seni.

Idea yang Berkembang Menjadi Realiti

 Pendekatan Patrick Jouin terhadap reka bentuk, bahan dan fungsi dilihat seiring dengan nilai jenama itu sendiri. Bermula daripada usaha memperkaya koleksi perabot di butik Longchamp di Milan, pertemuan kreatif ini akhirnya berkembang menjadi projek berskala penuh.

Hasilnya, sebuah instalasi pop-up eksklusif diperkenalkan di butik utama Longchamp di via della Spiga sepanjang Milan Design Week 2026. Ia menampilkan reinterpretasi koleksi perabot ikonik Jouin yang disesuaikan dengan DNA Longchamp.

milan design week longchamp

Perabot Eksklusif dengan Sentuhan Ikonik

Antara karya yang diketengahkan termasuk meja sisi dan meja kopi DROP. Meja kopi ini diperbuat daripada keluli berputar dengan kemasan enamel yang dituangkan secara manual. Permukaan meja dihiasi lapisan warna seakan cat air, menampilkan rona khas Longchamp seperti Light Green dan Heritage Green.

milan design week longchamp

Selain itu, kerusi OLO turut melengkapkan koleksi ini dengan kemasan kulit yang diperhalusi. Ia termasuk perincian tepi berwarna hijau muda. Ini merupakan satu sentuhan halus yang menyerlahkan eksklusiviti reka bentuk tersebut.

Setiap rekaan mencerminkan keseimbangan antara estetika dan fungsi. Dengan penggunaan bahan autentik seperti keluli dan kulit yang menyerlahkan kepakaran pembuatan. Koleksi ini akan dipamerkan bermula April 2026 sebelum dibawa ke butik Longchamp terpilih di seluruh dunia.

Lampu Ikonik: Simbol Dialog Kreatif

Lebih daripada sekadar mengolah semula reka bentuk sedia ada, kolaborasi ini turut menghasilkan sebuah karya baharu, lampu Longchamp x Patrick Jouin. Direka sebagai objek mudah alih dan modular, lampu ini berbentuk kon dan diperbuat daripada kulit penuh bijian (full-grain leather) yang diproses menggunakan teknik mikroperforasi inovatif.

Ia dipadankan dengan tapak kayu oak buatan Perancis, menghasilkan kontras bahan yang elegan. Reka bentuknya turut mengambil inspirasi daripada koleksi ikonik Le Pliage. Lampu ini lengkap dengan penggunaan butang tekan (snap fasteners) yang diinspirasikan semula dalam konteks baharu.

Lampu ini dilengkapi sistem LED, boleh dicas semula, serta menggunakan bahan kitar semula. Ia menjadikannya simbol reka bentuk lestari yang menggabungkan inovasi teknologi dan kraf halus. Hanya 10 unit bernombor akan dihasilkan, dan ia akan dijual secara eksklusif di butik Longchamp di Milan serta laman web rasmi mereka di Eropah.

Visi Bersama dalam Reka Bentuk

Menurut Pengarah Kreatif Longchamp, Sophie Delafontaine, kolaborasi ini mencerminkan komitmen jenama dalam menyokong pereka dengan visi yang kuat. Mereka juga ingin mengangkat nilai seni dan kraf dalam pelbagai bentuk.

Sohpie Delafontaine turut menegaskan bahawa kerjasama bersama Patrick Jouin didorong oleh falsafah yang sama. Untuk mencipta objek yang bukan sahaja indah dan berfungsi, tetapi juga tahan lama serta memperkayakan kehidupan harian.

Kolaborasi ini membuktikan bahawa apabila dua dunia kreatif bertemu, hasilnya bukan sekadar produk, tetapi satu pengalaman seni yang menghubungkan reka bentuk, fungsi dan emosi dalam satu naratif yang padu.

Pautan berkaitan: TONTON 10 FILEM INI SEPANJANG APRIL DAN MEI 2026

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

Bacaan Lanjut
'GUEST ARTIST' YANG MENGEJUTKAN MINGGU KEDUA COACHELLA 2026

‘GUEST ARTIST’ YANG MENGEJUTKAN MINGGU KEDUA COACHELLA 2026

Bacaan Lanjut
HYPERBOOST EDGE KEMBALI DENGAN WARNA BAHARU, LEBIH BERANI DAN DINAMIK

HYPERBOOST EDGE KEMBALI DENGAN WARNA BAHARU, LEBIH BERANI DAN DINAMIK

Bacaan Lanjut

GL ‘5 UNDER 25’: LAYLA SANIA, “KEJAYAAN ITU SANGAT SUBJEKTIF.”

Bacaan Lanjut

GL ‘5 UNDER 25’: BELLA DOWANNA, MENCARI RENTAK SENDIRI.

Bacaan Lanjut
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

Bacaan Lanjut