TIP PENJAGAAN KASUT YANG BETUL UNTUK LELAKI
Kasut adalah antara eksesori utama bagi sesiapa pun terutama sekali buat kaum lelaki. Namun penjagaan kasut tidak sama seperti penjagaan baju dan lain-lain. Lelaki adakala tersilap langkah dalam teknik penjagaan kasut yang betul. Akibatnya, kasut mudah lusuh, usang dan end up di dalam tong sampah. Jadi, GL senaraikan 3 teknik asas penjagaan kasut utama yang perlu semua lelaki ambil tahu.
1. BASUH ATAU LAP SEMINGGU SEKALI
Kebanyakkan lelaki membiarkan kasut kotor sehingga kering terutama sekali selepas hujan. Anda salah! Tindakan ini hanya akan lebih sukar untuk membersihkannya. Walaupun anda sudah menggunakan pengalis air, atau sneaker anda adalah jenis material kulit, tetapi tali dan jahitan kasut anda masih boleh menyerap kotor dan berubah warna. Oleh itu, amalkan untuk membasuhnya sekurang-kurang seminggu sekali. Jika anda malas sekalipun, anda masih boleh menggunakan tisu basah, kain basah dan jika jenis kain anda boleh gunakan berus, contohnya berus kasut atau berus gigi untuk membersihkannya. Jangan biarkan ia tidak dijaga.
2. GUNAKAN SEMBURAN KALIS AIR
Air dan semburan kalis air adalah sangat berguna jika anda pergi ke tempat kerja memakai kasut dari material kain. Untuk kasut yang jenis material menyerap seperti nubuck atau pun suede, semburan kalis air adalah salah satu idea bijak dalam melindungi kasut anda itu. Yang pasti, amalkan sembur keseluruhan kasut, biarkan semalaman dan ulang.
3. SIMPAN KASUT DALAM KOTAK, BUKAN DI DALAM RAK
Antara kesilapan utama lelaki, (mungkin juga perempuan) adalah meletakkan kasut di dalam rak. Ya, ini mungin disebabkan oleh kuantiti kasut yang banyak, namun sebenarnya ia hanya mengumpulkan debu dalam semua kedutan dan rekahan kasut anda apabila ia ditinggalkan, dan seterusnya mempercepatkan lagi kadar rekahan serta kotoran. Cadangan kami, simpankan sasut di dalam kotak kasut dan tutupnya dengan betul-betul. Pastikan kasut anda kering dan tidak bertindih.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ONITSUKA TIGER TAI-CHI OG KEMBALI DENGAN SILUET IKONIK AWAL 2000-AN
Onitsuka Tiger menggabungkan warisan, minimalisme dan fungsi dalam rekaan TAI-CHI OG yang relevan untuk gaya masa kini.
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.















