MALAYSIA TERSENARAI ANTARA NEGARA PALING KAYA DI DUNIA
Majalah The Global Finance, sebuah majalah yang berpangkalan di kota New York telah menyenaraikan Malaysia di kedudukan ke-49 sebagai negara paling kaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak 27,234 dolar berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, yang diselaraskan mengikut pariti kuasa membeli (PPP). Kedudukan ini sekaligus menyaksikan peningkatan sebanyak 3.9 peratus dalam KDNK per kapita negara berbanding tahun sebelumnya.
Laporan yang dikeluarkan pada 13 Februari adalah mengikut data yang diperoleh daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pangkalan Ekonomi Dunia setakat Oktober 2016 serta dinyatakan dalam nilai semasa dolar antarabangsa.
Pendedahan ini juga menunjukkan Malaysia berada di tangga lebih atas berbanding beberapa negara lain seperti Hungary, Rusia dan Thailand, selain pada masa sama meletakkan Malaysia sebagai negara ketiga paling kaya di rantau Asia Tenggara.
Sementara itu, jiran terdekat bersempadan dengan Malaysia iaitu Singapura dan Brunei, masing-masing berada di kedudukan ke-4 dan ke-5 sebagai negara paling kaya di dunia. Namun di peringkat Asia Tenggara, Singapura masih mengekalkan kedudukan sebagai negara paling kaya, diikuti Brunei pula di tempat kedua.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.












