BERSENAM DALAM KEMARAHAN BOLEH BAWA PADAH
Senaman selalunya membangkitkan emosi dan tempat melepaskan tekanan: melepaskan endorphins dan boleh membantu mengalih perhatian kamu dari apa sahaja dalam minda, justeru ia jalan mudah buat kamu melepaskan kekecewaan. Namun, ia sebenarnya boleh membawa padah.

(Photo credit: bodybuilding.com)
Namun kajian diterbitkan di dalam Heart Association Journal Circulation berpendapat ia meninggalkan kesan buruk pada mental seandainya kita ke gim dalam keadaan marah, seperti mendapat kecederaan fizikal dari mendapat kebaikan. Kajian menunjukkan daripada 12,461 pesakit lemah jantung, satu daripada tujuh orang terdiri dari sang pemarah atau yang mereka yang penyedih. Mereka didapati menggunakan tenaga fizikal yang tinggi sejam sebelum ditimpa musibah. Tapi mereka tiga kali ganda terkena serangan jantung selepas rasa marah dan melakukan aktiviti berat dalam tempoh 60 minit.
Kebanyakan kajian memang menunjukkan senaman dalam keadaan marah akan membawa kepada serangan jantung. Gabungan aktiviti fizikal dan ketegangan emosi tersebut membangkitkan tekanan darah dan kadar degupan jantung paling tinggi dalam circulatory system. Andai arteries dipenuhi plaque, kombinasi senaman dan emosi mudah sekali membentuk blood clot dan akhirnya mencetus serangan jantung, pembawa kematian terbesar di US.

Ketahuilah kebanyakan individu dalam kajian terbabit adalah terdiri dari lelaki berusia kebanyakannya 58 tahun. Mereka kebanyakannya bersenam di waktu malam dengan keadaan emosi tidak stabil. Namun, keputusan kajian masih lagi dicari dan kalau boleh bersenamlah berpada-pada saat tengah marah.
Jadi, selepas ditengking bos jangan sekali-kali melepaskan kemarahan di atas treadmill. Kalau boleh kurangkan dan jangan sekali-kali menjejaskan tahap kesihatanmu.
Sumber: Cosmopolitan
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI
Kenali jenama kasut pilihan lelaki, daripada gaya mewah hingga kasut sukan dan rekaan tempatan yang menyerlahkan penampilan harian.
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.










