Skip to content

10 LAGU DALAM CARTA TOP 10, TAYLOR SWIFT CIPTA SEJARAH BILLBOARD

Kongsikan artikel ini

Penyanyi lagu “Anti-Hero”, Taylor Swift mencipta sejarah sebagai artis pertama yang menguasai kesemua senarai lagu Top 10 dalam carta Billboard Hot 100.

Tidak boleh dipertikaikan lagi, Taylor Swift adalah penyanyi yang paling berpengaruh di dunia hari ini. Penyanyi lagu “Anti-Hero” itu telah mencipta sejarah muzik antarabangsa sebagai artis pertama yang menguasai kesemua senarai lagu Top 10 dalam carta Billboard Hot 100.

(Photo by Terry Wyatt/Getty Images)

Bintang pop berusia 32 tahun ini telah memecahkan rekod yang dipegang oleh Drake pada tahun lalu. Penyanyi rap dari Kanada itu telah mencatatkan sembilan buah lagu dalam senarai Top 10 carta Billboard Hot 100 pada September 2021. Carta Billboard Hot 100 telah bermula pada 4 Ogos 1958, iaitu 64 tahun yang lalu.

Taylor Swift baharu sahaja melancarkan album berjudul “Midnights” pada 21 Oktober 2022. Selepas dilancarkan, album itu terus menjuari carta album Billboard 200, yang juga merupakan album dengan penjualan tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Single pertama daripada “Midnights” yang berjudul “Anti-Hero” mendahului lagu-lagu lain dengan berada di kedudukan pertama carta Billboard Hot 100. “Anti-Hero” juga merupakan lagu nombor satu Taylor yang ke sembilan sepanjang kariernya.

Kejayaan ini turut meletakkan album “Midnights” sebagai album paling berjaya dengan 10 lagu dalam carta Top 10 Billboard, selepasi album Drake berjudul “Cerftified Lover Boy” pada 2021.

Carta Billboard Hot 100 (Oktober 21-27, 2022):

  1. “Anti-Hero”
  2. “Lavender Haze”
  3. “Maroon”
  4. “Snow on the Beach” feat. Lana Del Rey
  5. “Midnight Rain”
  6. “Bejeweled”
  7. “Question…?”
  8. “You’re on Your Own, Kid”
  9. “Karma”
  10. “Vigilante Shit”

 

Foto: Getty Images

Baca lebih lanjut: “SAYA BISEKSUAL.” – KIT CONNOR KONGSI PENGAKUAN MENGEJUTKAN

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

INI ANDA PERLU TAHU TENTANG ALBUM TERBARU TAYLOR SWIFT

INI ANDA PERLU TAHU TENTANG ALBUM TERBARU TAYLOR SWIFT

Bacaan Lanjut
5 RAKAN SELEBRITI YANG MEMPUNYAI KETINGGIAN KETARA

5 RAKAN SELEBRITI YANG MEMPUNYAI KETINGGIAN KETARA

Bacaan Lanjut
TAYLOR SWIFT BERI DUA PETUNJUK PERPISAHAN DENGAN JOE ALWYN DALAM KONSERT ERAS TOUR

TAYLOR SWIFT BERI DUA PETUNJUK PERPISAHAN DENGAN JOE ALWYN DALAM KONSERT ERAS TOUR

Bacaan Lanjut
TAYLOR SWIFT ARTIS WANITA BERPENDAPATAN TERTINGGI, SIAPA UNGGULI CARTA FORBES?

TAYLOR SWIFT ARTIS WANITA BERPENDAPATAN TERTINGGI, SIAPA UNGGULI CARTA FORBES?

Bacaan Lanjut
10 PENYANYI IKONIK INI TIDAK PERNAH MEMENANGI ALBUM TERBAIK GRAMMY

10 PENYANYI IKONIK INI TIDAK PERNAH MEMENANGI ALBUM TERBAIK GRAMMY

Bacaan Lanjut
Panic! At The Disco

“PANIC! AT THE DISCO DIBUBARKAN SELEPAS 20 TAHUN.” – BRENDON URIE

Bacaan Lanjut