Skip to content

10 SIRI NETFLIX ORIGINAL TERBAIK TAHUN 2024 (SETAKAT INI)

10 SIRI NETFLIX ORIGINAL TERBAIK TAHUN 2024 (SETAKAT INI)

Kongsikan artikel ini

Netflix sememangnya terkenal dengan pelbagai naskah asal yang hebat dan menghiburkan.

Selama bertahun-tahun, platform penstriman popular ini telah mencipta beberapa siri hit yang berjaya menggondol anugerah. Ini termasuk Stranger Things, The Crown dan Emily in Paris.

Begitu juga dengan Bridgerton yang melakar kejayaan besar. Selepas musim ketiga disiarkan pada awal tahun ini, ia menduduki tangga kelapan dalam senarai rancangan TV Inggeris Netflix paling banyak ditonton sepanjang masa.

Ini 10 siri asal Netflix yang meraih skor tertinggi daripada Rotten Tomatoes

10. 3 Body Problem Musim Pertama

Skor: 79%

Sinopsis: Siri ini mengikuti dua garis masa yang menyaksikan manusia bertemu dengan makhluk asing.

 

9. The Brothers Sun Musim Pertama

Skor: 84%

The Brothers Sun Review: Exciting Netflix Series Has Some Of The Best Action Sequences On TV

Sinopsis: Charles Sun, seorang samseng yang juga pembunuh kejam di Taiwan perlu ke Los Angeles untuk melindungi ibu dan adik lelakinya selepas bapanya ditembak oleh pembunuh misteri.

 

8. Ripley

Skor: 86%

Ripley (2024)

Sinopsis: Mengisahkan tentang seorang penipu yang terjebak dalam kemewahan apabila diupah untuk terbang ke Itali dan memujuk seorang lelaki untuk pulang.

 

7. Griselda

Skor: 87%

Sinopsis: Diinspirasikan daripada kisah benar mengenai kehidupan seorang pengedar dadah wanita yang musnah akibat sikap tamak.

 

6. Bridgerton Musim Ketiga

Skor: 87%

Sinopsis: Berkisar tentang Penelope Featherington dan Colin Bridgerton yang cuba mencambah persahabatan mereka menjadi percintaan.

 

5. One Day

Skor: 91%

Sinopsis: Kisah menyayat hati tentang perhubungan dua insan berbeza, Dexter dan Emma selama 20 tahun.

 

4. Dead Boy Detectives Musim Pertama

Skor: 92%

Sinopsis: Berkisar tentang dua hantu yang memilih untuk menetap di Bumi dan memulakan kerjaya baru dengan menyelesaikan misteri paranormal.

 

3. Baby Reindeer

Skor: 98%

Sinopsis: Mengisahkan tentang kehidupan seorang pelawak yang menjadi huru-hara selepas memberi layanan baik kepada seorang wanita di sebuah pub.

 

2. Girls5Eva Musim Ketiga

Skor: 100%

Sinopsis: Mengisahkan tentang sekumpulan gadis tahun 90-an yang kembali bersatu selepas seorang penyanyi rap muda mempopularkan semula lagu mereka, Famous 5eva.

 

1. Supacell Musim Pertama

Skor: 100%

Sinopsis: Sekumpulan orang berkulit hitam yang menyedari mereka memiliki adi kuasa bersatu untuk menumpaskan satu organisasi rahsia.

 

Pautan berkaitan: 10 FILEM TERBAIK NETFLIX PADA 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
rancangan baru January 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024

Bacaan Lanjut
must watch may 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2023

Bacaan Lanjut
rancangan Netflix paling popular

TOP 10 RANCANGAN TV YANG PALING POPULAR DI NETFLIX

Bacaan Lanjut
MENGEJUTKAN! WATAK PENTING INI TIDAK AKAN KEMBALI DALAM BRIDGERTON MUSIM KETIGA

MENGEJUTKAN! WATAK PENTING INI TIDAK AKAN KEMBALI DALAM BRIDGERTON MUSIM KETIGA

Bacaan Lanjut
TUJUH BULAN HIDUP SOLO, ANDREW GARFIELD TEMUI CINTA BAHARU

TUJUH BULAN HIDUP SOLO, ANDREW GARFIELD TEMUI CINTA BAHARU

Bacaan Lanjut