Skip to content

3 JAM BAGAI TIDAK TERASA! ENDGAME PENAMAT TERBAIK & SEBAK SIRI AVENGERS

Kongsikan artikel ini

Its all comes to this! Hari ini adalah harinya. Penamat kepada segala-segalanya. Filem Avengers: Endgame sudah pun ditayangkan di seluruh Malaysia bermula hari ini dan anda adalah dari kalangan yang bertuah kerana menjadi antara negara terawal yang dapat menonton Endgame. Merupakan filem ke-22 francais ini, jujur penulis nyatakan Marvel kian matang dalam mempersembahkan penamat terbaik untuk siri Avengers ini di bawah arahan dua bersaudara, pengarah Anthony Russo dan Joe Russo.

Namun, kami tidak akan mengulas panjang tentang filem ini kerana kami merasakan ianya lebih baik jika anda pergi menontonnya sendiri. Penulis hanya sekadar bercerita tentang pengalaman sepanjang menonton filem ini dan menyentuh beberapa aspek dalam filem ini sahaja. Jangan risau, no spoiler!

Setahun lalu, Thanos (suaranya disumbang oleh pelakon hebat Josh Brolin) menjadi watak antagonis paling dibenci. Bayangkan hampir keseluruhan populasi manusia dunia hilang angkara petikan jarinya yang dikelilingi enam infinity stones. Dan kini, selepas 5 tahun berlalu pasukan Avengers kembali bersatu mencari ikhtihar bagi membebas dan mengembalikan kesemua mereka yang ‘hilang’ bak debu berterbangan sebelum ini.

Bagi kami,  Endgame digarap sempurna sehinggakan anda tidak sedar 3 jam berlalu begitu sahaja. Tiada bahagian meleret yang akan membuat anda bosan mahupun tertidur, dan menjadi identiti Marvel untuk menyelit sedikit unsur humor tanpa berlebih-lebih, cuma babak aksi mungkin sedikit kurang di permulaannya. Buat anda yang mungkin sedikit keliru, ada baiknya anda menonton dahulu Infiniti War sebelum melangkah masuk ke panggung menonton Endgame. Dan bayangkan, dalam trailer filem Endgame, kami boleh katakan hanya 4-5% peratus saja babak yang ditayangkan dari keseluruhan filem ini. Jadi, mana mungkin anda boleh menjangkakan apa-apa.

Bagi kami, its such an emotional roller coaster journey! Ketika babak aksi dan humor dipertontonkan, akan ada babak-babak selingan yang pasti membuatkan mata anda berkaca. Namun, sekiranya anda ingat, dalam satu temubual bersama pihak media, Robert Downey Jr pernah berkata, 8 minit terakhir Endgame adalah babak paling hebat dalam sejarah MCU. He’s not lying!  Ia sungguh epik, dan tidak keterlaluan untuk penulis nyatakan, kami inginkan lebih lagi.

Apa-apapun, setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Untuk filem Endgame ini, boleh penulis katakan ia mencapai standard yang diingini dan anda pasti akan berpuas hati. Anda pasti tidak akan rugi untuk pergi menontonnya! Jom kita saksikan sedikit gambar dan sedutan filem Avengers: Endgame ini yang sudah mulai dtayangkan mulai hari ini.

GALERI EKSKLUSIF MARVEL’S AVENGERS: ENDGAME

1 of 7

1 of 7

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

#GLFirstgayahidup: UNIQLO SPORT UTILITY WEAR

Bacaan Lanjut
TAK SANGKA! INI PEKERJAAN SIMU LIU SEBELUM BERGELAR ADI WIRA SHANG-CHI

TAK SANGKA! INI PEKERJAAN SIMU LIU SEBELUM BERGELAR ADI WIRA SHANG-CHI

Bacaan Lanjut
TRELER ETERNALS DIPUJI SEBAGAI KARYA AGUNG VISUAL

TRELER AKHIR ETERNALS DIPUJI SEBAGAI KARYA AGUNG VISUAL

Bacaan Lanjut
DIET AMALAN CHRIS HEMSWORTH UNTUK TAMPAK SASA DALAM AVENGERS: ENDGAME

EKSPERIMEN DIET CHRIS HEMSWORTH UNTUK TAMPIL SASA DALAM AVENGERS: ENDGAME

Bacaan Lanjut
BERAKHIRNYA SATU ERA! ROBERT DOWNEY JR UNFOLLOW SEMUA PELAKON MARVEL DI INSTAGRAM

BERAKHIRNYA SATU ERA! ROBERT DOWNEY JR UNFOLLOW SEMUA PELAKON MARVEL DI INSTAGRAM

Bacaan Lanjut

Marvel Memberikan First Look Filem ‘Eternals’, Serta Judul Black Panther 2

Bacaan Lanjut