Skip to content

5 FILEM SERAM MESTI TONTON SEPANJANG OGOS 2023

5 FILEM SERAM MESTI TONTON SEPANJANG OGOS 2023

Kongsikan artikel ini

Filem romantis dan fantasi sentiasa berjaya menarik perhatian penonton, namun naskah seram juga tidak kurang hebatnya.

Tidak dinafikan genre seram semakin diminati kerana ia membawa kita mengembara ke dunia yang tidak semua orang ‘berpeluang’ terokai dan alami sendiri.

Anda berpeluang menyelami dunia penuh kejutan ini sepuas hati kerana Ogos menyajikan lambakan filem sebegini dari awal hingga penghujung bulan.

GL bariskan beberapa filem seram yang menemui anda bulan ini

1 of 5

Heir Of The Witch

Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2023

Dibintangi Oleh: Victoria U. Bell, Vanessa Neff

Di sebalik kesederhanaan hidup sebagai seorang tukang jahit, siapa sangka Ana (Victoria U. Bell) terikat dengan sumpahan yang menakutkan. Filem seram ini menyusuri perjalanannya melarikan diri daripada kegelapan di Moldova demi mencari ketenangan di Amerika Syarikat. Malangnya ia tidak berpanjangan apabila masa lampau dan sejarah keluarganya yang perit muncul semula dalam bentuk mengerikan.

1 of 5