Skip to content

Festival Muzik Terhebat Dunia

Kongsikan artikel ini

Sedang merencana percutian tahun depan? Usah kembara sekadar menjadi pelancong sebaliknya anda boleh penuhi agenda dengan berkunjung ke acara yang berlangsung di destinasi yang anda tuju. Terdapat pelbagai festival yang diadakan sepanjang tahun untuk anda sertai kalau berkira untuk merasai sendiri kehangatan  serta kemeriahannya.

GLAM Lelaki senaraikan beberapa festival yang boleh anda kunjungi kala berlibur mengelilingi dunia.

https://www.instagram.com/p/BIjBl3_j4o3/?taken-by=lollapalooza

https://www.instagram.com/p/BIXtQNBjFBR/?taken-by=lollapalooza

Lollapalooza, Chicago, Amerika Syarikat (3 – 6 Ogos 2017)

Pada awalnya ia adalah festival jelajah rock alternative yang bermula sekitar 1990-an. Ia kini menjadi festival ikonik tetap di Chicago yang menyaksikan sambutan tiga hari di Grant Park dihadiri oleh lebih 160,000 peminat muzik. Lebih 50 artis daripada rentak alternative, pop indie, rock, metal, punk, hip hop sehinggalah irama folk beraksi setiap tahun. Sudah ramai rockstar bertandang mewarnai pentas Lollapalooza termasuk Rage Against the Machine, Daft Punk dan mendiang Amy Winehouse. Melengkapi pesta adalah pelbagai menu istimewa ilham restoran ternama sempena festival di Chow Town. Juga pengunjung boleh ke sesi autograf atau dapatkan maklumat festival di pondok mesra alam. Buat pengunjung cilik Kidzapalooza turut disediakan. Persembahan sampingan di beberapa lokasi sekitar Chicago juga memberi peluang peminat terus menikmati hiburan dari artis kegemaran mereka.

https://www.instagram.com/p/BIOyUuyBN1c/?taken-by=splendourinthegrass

https://www.instagram.com/p/BITu_5RhP9E/?taken-by=splendourinthegrass

Splendour in the Grass, Byron Bay, Australia (Julai 2017)

Ini adalah antara festival muzik terkemuka dan juga menjadi kemuncak meraikan musim panas di Australia sejak 2001. Festival ini menampilkan pentas muzik dari genre indie rock, hip hop, elektronik dan rentak alternative buat ribuan pengunjung yang gemarkan persembahan live. Tapak festival turut dipenuhi dengan aktiviti sampingan serta banyak gerai yang menyediakan pelbagai makanan melayan selera orang ramai yang datang dari serata Australia dan juga peminat muzik dari luar negara.

https://www.instagram.com/p/BLP1eAHDvGa/?taken-by=fujirock_jp

https://www.instagram.com/p/BK-b6dFjK0g/?taken-by=fujirock_jp

Fuji Rock, Yuzawa, Niigata Prefecture, Jepun (Julai 2017)

Bertempat di kaki gunung Fuji, festival muzik terbesar di Jepun ini adalah antara yang menjadi tumpuan pemuzik sekitar Asia. Ia bermula sejak 1997 lagi yang menampilkan persembahan live artis rock serta muzik elektronik, dance dan world yang menyaksikan penyertaan lebih ramai karyawan dari serata dunia. Red Hot Chilli Peppers juga sudah beraksi di sini. Menariknya lokasi ini turut menyediakan kemudahan berendam di kolam air panas serta persekitaran yang bersih (sering mendapat pujian sebagai festival paling bersih, malah tandasnya juga yang paling bersih). Dan antara yang mengagumkan, pemandangan pergunungan yang indah disajikan bersulam muzik segar.

https://www.instagram.com/p/BJ-Jk-Bhf4K/?taken-by=exitfestival

https://www.instagram.com/p/BHu9zPxhZYI/?taken-by=exitfestival

Exit, Novi Sad, Serbia (Julai 2017)

Menampilkan muzik dari genre elektronik, metal, rock, reggae, punk dan hip hop serta rap, Exit cukup dikenali dengan kehadiran bintang-bintang besar dunia. Tahun ini menyaksikan kemunculan Ellie Goulding, David Guetta, Wiz Khalifa, Nicky Romero dan Bastille. Ia telah dianjurkan sejak tahun 2000 lagi bertempat di Petrovaradin Fortress. Ia kini menjadi festival pilihan warga Eropah di musim panas.

https://www.instagram.com/p/BKtHZaGAGJY/?taken-by=burningman

https://www.instagram.com/p/BLeOIhojG3M/?taken-by=burningman

Burning Man, Black Rock City, Nevada, Amerika Syarikat (Ogos 2017)

Bertempat di lokasi gurun yang terbentang luas, ia bukan sekadar festival muzik tetapi juga satu pertemuan seni dengan instalasi  pelbagai reka cipta dan arca interaktif. Pengunjung yang digelar Burners akan berkampung selama seminggu dengan membawa segala yang diperlukan sepanjang mereka berada di situ. Dengan konsep bebas, komuniti yang hadir setahun sekali ini meraikan penghujung musim panas dengan pelbagai aktiviti hiburan dan pameran terbuka.

https://www.instagram.com/p/BGApeoVnPSx/?taken-by=rockinrio

https://www.instagram.com/p/BFoe2CUHPRK/?taken-by=rockinrio

Rock in Rio, Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat (tarikh belum ditetapkan untuk 2017)

Festival ini bermula di Rio de Janeiro, Brazil pada 1985 dan telah mengadakan festival ini pada tahun 1991, 2001, 2011, 2013 dan 2015. Enam lagi Rock in Rio diadakan di Lisbon, Portugal, dan tiga di Madrid dan tahun depan bakal menggegar Las Vegas seperti yang pernah diadaan pada 2015. Rock in Rio USA sebelum ini telah membawa nama-nama besar seperti Metallica, John Legend, Ed Sheeran, Bruno Mars, Taylor Swift, Linkin Park dan ramai lagi.

https://www.instagram.com/p/BF_1llqtwDZ/?taken-by=mawazine

https://www.instagram.com/p/BF6PnWqtwPS/?taken-by=mawazine

Mawazine, Rabat, Maghribi (May 2017)

Juga dikenali sebagai Rhythms of the World, ia adalah festival muzik terbesar di benua Afrika. Tahun ini menyaksikan nama-nama hebat seperti Christina Aguilera, Wyclef Jean, Pitbull, Chris Brown dan Iggy Azalea muncul menghangatkan pentas. Jadi tentunya 2017 akan menjemput lebih ramai artis terkemuka untuk turut sama memeriahkan Mawazine.

https://www.instagram.com/p/BKQif6PjN4s/?taken-by=glastofest

https://www.instagram.com/p/BHJ5z-hDmza/?taken-by=glastofest

Glastonbury, Pilton, Somerset, England (Jun 2017)

Festival yang diadakan pada minggu terakhir bulan Jun ini adalah festival seni persembahan dan kontemporari terbesar. Ia pernah merekodkan kehadiran yang mencecah 175,000 orang sepanjang festival seminggu itu berlangsung. Glastonbury pertama dianjurkan pada 1970 oleh pengasasnya Michael Eavis dengan meminjam konsep awal Festival Glastonbury antara 1914 hingga 1926. Kini ia adalah festival muzik serta himpunan aneka persembahan setiap tahun. Artis terkemuka menjadi tarikan utama dan 2016 menyaksikan bintang seperti Muse, Adele dan Coldplay mewarnai pentas ikonik piramid di Glastonbury. Perkampungan khemah juga bagai cendawa tumbuh menjadi kediaman seketika buat pengunjung festival. Peminat Radiohead sudah boleh rancang ke sana kerana mereka khabarnya antara band yang bakal beraksi pada 2017!

https://www.instagram.com/p/BEU1D3VkslT/?taken-by=coachella

https://www.instagram.com/p/BEPq3dIksgA/?taken-by=coachella

Coachella, Indio, California, Amerika Syarikat (April 14-16 & April 21-23 2017)

Festival terbesar di Amerika Syarikat ini semakin menjadi popular sejak beberapa tahun lalu walaupun sudah diadakan sejak 1999 lagi. Ia menjadi sebutan serta tumpuan sejak dihadiri oleh selebriti dan sosialit dan kehadiran media sosial membangkitkan populariti festival ini. Berlokasi di padang polo di pinggir gurun di lembah Coachella, festival muzik ini berlangsung pada dua hujung minggu di bulan April dengan kehadiran lebih 198,000 pengunjung. 2016 menyaksikan Calvin Harris, Guns N’Roses, Ice Cube, Sia dan ramai lagi menghangatkan pentasnya. Namun yang paling menjadi perhatian adalah fesyen Coachella menjadi medan gaya selebriti mahupun ribuan pengunjungnya.

https://www.instagram.com/p/BLoEcBNjcWq/?taken-by=tomorrowland

https://www.instagram.com/p/BLi57sNDgQh/?taken-by=tomorrowland

Tomorrowland, Boom, Belgium (Julai 2017)

Festival ini adalah antara yang lebih besar dan diiktiraf dalam dunia muzik elektronik. Muzik genre ini berkembang pesat dan menjadi tumpuan peminat dari serata dunia untuk menyaksikan DJ terkemuka beraksi. Antara yang pernah beraksi di pentas Tomorrowland termasuk David Guetta, Avicii, Alesso, Steve Aoki dan ramai lagi DJ serta pemuzik terkemuka.

 

By Izza Ibrahim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI

Bacaan Lanjut
10 LAGU K-POP DALAM CARTA TERATAS YOUTUBE MUSIC

10 LAGU K-POP CARTA TERATAS YOUTUBE MUSIC UNTUK DI MUAT TURUN

Bacaan Lanjut
KRU

IKON LEGENDA POP BAND MALAYSIA KRU KEMBALI MENGGEGARKAN INDUSTRI MUZIK

Bacaan Lanjut

CARA MUDAH MENJAGA RAMBUT BERUBAN

Bacaan Lanjut
afgan

TOP 10 LAGU HITS AFGAN YANG WAJIB ADA DALAM PLAYLIST

Bacaan Lanjut

5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

Bacaan Lanjut