Skip to content

casetify Malaysia

KOLABORASI CASETIFY DAN MARVEL UNTUK KOLEKSI AKSESORI GAJET SPIDER-MAN

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Kerjasama francais adiwira ikonik, Marvel dan CASETiFY dalam menampilkan seleksi aksesori gajet dan telefon pintar eksklusif inspirasi Spider-Man dan Venom.

Lihat! Spider-Man datang lagi! Jenama aksesori gajet dan telefon pintar global, CASETiFY mengumumkan kolaborasi pertamanya bersama Marvel yang mengangkat adiwira kegemaran ramai, Spider-Man. Ia turut menampilkan symbiote kegemaran peminat, Venom pada rangkaian aksesori terbaharu.

casetify Spiderman

Sepanjang 11 tahun, CASETiFY menginovasi dan mengikut trend semasa bagi mencipta aksesori-aksesori gajet yang memberi perlindungan terbaik tanpa mengenepikan tarikan rekaan. Telefon pintar telah menjadi alat komunikasi peribadi utama di abad ke-21 ini, melayakkan ia menerima penjagaan serta penampilan bersifat individualistik!

laptop case casetify

Legasi Spider-Man sebagai ikon budaya pop masih utuh selama lebih enam dekad, dan kini para peminat dapat menghiasi selongsong (casing) telefon pintar mereka dengan rekaan inspirasi adiwira tersebut. Ia boleh didapati pada selongsong signatur CASETiFY; Impact, Ultra Impact, Mirror, Clear dan Bounce – untuk pengguna iPhone, Samsung dan Google Pixel. Rekaan daripada koleksi ini menggalakkan peminat mengeluarkan sisi dalaman adiwira masing-masing menerusi selongsong Spider-Man Mask dan Spider-Man Suit.

 

1 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

rancangan baru January 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

TOP 10 FILEM TERBAIK SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut
secret invasion marvel

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG NICK FURY, WATAK IKONIK MARVEL LAKONAN SAMUEL L. JACKSON

Bacaan Lanjut

5 RANCANGAN MENARIK SEPANJANG RAMADAN 2023

Bacaan Lanjut

BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU

Bacaan Lanjut
SEGALANYA MENGENAI LOKI MUSIM KEDUA

SEGALANYA MENGENAI LOKI MUSIM KEDUA

Bacaan Lanjut