KOLABORASI RIMOWA x PORSCHE UNTUK MENYATUKAN KELAS DAN FUNGSI
RIMOWA dengan bangganya mengumumkan debut pertama kolaborasi bersama RIMOWA x Porsche!
Sejak 1898, RIMOWA telah berdiri di barisan hadapan dalam reka bentuk Jerman dan inovasi. Kini, menggabungkan kepakaran tunggal dua syarikat Jerman bersejarah dengan kerjasama ikonik untuk menghasilkan debut kolaborasi bersama Porsche.
Terkenal kerana mengejar kesempurnaan tanpa henti, kedua-dua RIMOWA dan Porsche berfungsi dengan penghasilam reka bentuk, inovasi teknikal dan prestasi tinggi di sebagai paksi utama. Namun sentiasa kekal setia kepada warisan budaya mereka yang kaya.

Edisi khas RIMOWA x Porsche Hand-Carry Case Pepita meraikan kejayaan dengan memberi penghormatan kepada elemen reka bentuk yang paling ikonik jenama itu. Dibuat di Cologne, Jerman, RIMOWA x Porsche Hand-Carry Case Pepita yang dihasilkan daripada RIMOWA aluminium beralur dan tertera logo daripada generasi pertama Porsche 911.
“Perkongsian dengan RIMOWA terasa semula jadi bagi kedua-dua pasukan sejak awal lagi bagi saya, ini sentiasa menjadi bukti bahawa nilai jenama kami sejajar dengan cara yang hebat,” Robert Ader, Ketua Pegawai Pemasaran Porsche AG. “Hasilnya diharapkan akan membuatkan kedua-dua peminta jenama ini teruja.”

Kerjasama istimewa ini tersedia dalam kuantiti yang sangat terhad dengan hanya 911 bagasi yang dihasilkan, menjadikannya ideal untuk pengumpul dan penggemar jenama ini. Sarung eksklusif itu juga akan dilengkapi dengan Set Pelekat RIMOWA x Porsche Pepita yang menampilkan trio pelekat retro yang akan dijual secara berasingan.
“Kami sangat teruja melihat kerjasama penting ini membawa dua jenama Jerman legenda bersama-sama,” kata Emelie De Vitis, Ketua Pegawai Pemasaran di RIMOWA.
“Perkongsian kami meraikan kualiti reka bentuk Jerman yang tiada tandingan kerana kami sama-sama mencurahkan kepakaran kami menjadi satu bahagian yang unik.”
Bermula tarikh 21 April, koleksi RIMOWA x Porsche akan tersedia di kedai RIMOWA terpilih di seluruh dunia. Selain itu, RIMOWA x Porsche Hand-Carry Case Pepita akan tersedia di seluruh rangkaian global Porsche pengedar dan di shop.porsche.com
Artikel Berkenaan: ECOTOPIA, ABSOLUTE SIAM & ICONCRAFT: DARI THAILAND KE MALAYSIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.











