Skip to content

ROBERT DOWNEY JR ‘DIHIDUPKAN SEMULA’ SEBAGAI PENJAHAT IKONIK DOCTOR DOOM

ROBERT DOWNEY JR ‘DIHIDUPKAN SEMULA’ SEBAGAI PENJAHAT IKONIK DOCTOR DOOM

Kongsikan artikel ini

Selepas lima tahun, Robert Downey Jr yang popular dengan watak Iron Man akan kembali dengan filem Marvel terbaru berjudul Avengers: Doomsday.

Bagaimanapun kali ini dia tidak menggalas peranan adi wira, sebaliknya penjahat terkenal dalam dunia Marvel, Victor von Doom. Pengumuman itu dibuat pada acara Comic Con di San Diego, California baru-baru ini.

Robert membuat kemunculan di atas pentas dalam jubah hijau lengkap dengan topeng Doctor Doom sebelum mendedahkan dirinya kepada peminat.

“Topeng baru, tugas yang sama. Apa yang pernah saya beritahu kalian sebelum ini? Saya suka mainkan karakter yang rumit,” katanya.

robert downey jr

Foto: Instagram

Pemilihan Robert sebagai Doctor Doom mengejutkan ramai peminat termasuk barisan pelakon Marvel. Terutama selepas tular spekulasi pada Ogos 2023 yang mengatakan peranan itu akan diberikan kepada Cillian Murphy.

Malah dalam podcast Happy Sad Confused, aktor Oppenheimer itu turut memberi respons apabila ditanya adakah dia berminat untuk menggalas peranan tersebut.

“Segalanya bergantung pada skrip. Kita takkan pernah tahu. Industri hiburan ini ‘liar’ dan sukar diramal. Anda tidak tahu apa yang akan muncul di depan mata,” jelasnya.

Foto: Culturaocio

Robert Downey Jr Pilihan Pertama Marvel Untuk Watak Doctor Doom

Berita mengenai pemilihan Robert bukanlah satu kejutan yang benar-benar tidak diduga. Dalam sebuah video yang dikongsi tahun lalu, pengarah Jon Favreau dan presiden Marvel Studio, Kevin Feige mengimbas kembali penghasilan filem pertama Marvel, Iron Man (2008). Dedah Jon, Robert sudah pun berada dalam orbit Marvel untuk peranan Doctor Doom.

“Saya masih ingat lagi waktu Robert datang untuk perjumpaan umum Iron Man, awak berjumpanya sebelum itu untuk watak Doctor Doom,” kata Jon kepada Kevin. Kevin merupakan penerbit eksekutif Fantastic Four (2005) dan Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer (2007).

“Ya, saya ingat ada berjumpanya dan terfikir, ‘Dia mempunyai percikan dalam matanya dan sudah bersedia untuk watak itu’. Ketika itu kami berada dalam pejabat awak untuk merakam gambarnya dan akhirnya dia dipilih untuk menjayakan watak Iron Man,” kata Jon.

Julian McMahon Doctor Doom

Foto: Reddit

Peranan Victor von Doom kemudiannya diberikan kepada aktor Nip/Tuck, Julian McMahon dalam filem Fantastic Four (2005). Dan kini selepas hampir dua dekad, Robert akhirnya mendapat peluang untuk menjayakan watak penjahat terkenal itu.

Seperti yang diumumkan Marvel pada acara Comic Con, Robert akan menggalas peranan Doctor Doom dalam Avengers: Doomsday (2026) dan Avengers: Secret War (2007). Kedua-dua filem ini diarahkan oleh Russo Brothers.

Avengers: Doomsday dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 1 Mei 2026.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: CILLIAN MURPHY BAKAL MUNCUL SEBAGAI PENJAHAT TERKENAL DALAM FILEM MARVEL?

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI

10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI

Bacaan Lanjut

MOMEN FESYEN BINTANG HOLLYWOOD DI GOLDEN GLOBES 2024

Bacaan Lanjut
CILLIAN MURPHY BAKAL MUNCUL SEBAGAI PENJAHAT TERKENAL DALAM FILEM MARVEL?

CILLIAN MURPHY BAKAL MUNCUL SEBAGAI PENJAHAT TERKENAL DALAM FILEM MARVEL?

Bacaan Lanjut
OPPENHEIMER: BAYARAN CILLIAN MURPHY, ROBERT DOWNEY JR & PELAKON LAIN DIDEDAHKAN

OPPENHEIMER: BAYARAN CILLIAN MURPHY, ROBERT DOWNEY JR & PELAKON LAIN DIDEDAHKAN

Bacaan Lanjut
must watch July 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2023

Bacaan Lanjut
ROBERT DOWNEY JR. HAMPIR TIDAK DIKENALI DI SET PENGGAMBARAN THE SYMPATHIZER

ROBERT DOWNEY JR. HAMPIR TIDAK DIKENALI DI SET PENGGAMBARAN THE SYMPATHIZER

Bacaan Lanjut