STIGMA KESIHATAN MENTAL LELAKI
KEBANYAKAN LELAKI LEBIH GEMAR MEMENDAM
Foto: Nik Shuliahin di Unsplash
Terdapat sesetengah antara kita berpendapat lelaki seharusnya tidak mudah gusar, sentap, kecewa, mudah terasa, dan berasa tertekan. Mereka juga menganggap lelaki perlu sentiasa cekal mental dan fizikal walaupun mengalami tekanan yang melampau. Fikiran negatif terhadap kaum lelaki yang mengalami masalah mental ini bukan sahaja tidak menyelesaikan sebarang masalah malah turut meningkatkan lagi jumlah penghidapnya.
Kebanyakan pesakit lelaki lebih selesa memendam penyakit yang dialami. Mereka cenderung untuk tidak meminta bantuan berkaitan konflik, dilema atau merujuk permasalahan mereka kepada pakar yang bertauliah. Alasannya, ramai daripada mereka yang masih mengambil ringan terhadap penyakit yang dihadapi. Stigma yang dilemparkan oleh masyarakat yang menganggap lelaki sejati perlu sentiasa independen dan bijak menguruskan masalah mental juga menyumbang kepada permasalahan ini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HIKING & HEALING MENJADI TERAPI GENERASI MILENIAL.
Hiking & Healing: Generasi milenial memilih aktiviti luar sebagai terapi moden untuk kurangkan stres, tingkatkan kesihatan fizikal dan mental
GROOMING LELAKI PALING ‘ON POINT’ DI KLFW 25
Grooming lelaki paling ‘on point’ di KLFW 25, dengan sentuhan fesyen, dandanan rapi & pesona maskulin yang mencuri perhatian sepanjang KLFW.
INSPIRASI BAHARU DUNIA FITNESS MALAYSIA: ‘NEXT-GEN FITFLUENCERS’
Temui barisan fitfluencer, ikon baharu dunia fit Malaysia yang sedang mencipta nama dan memberi inspirasi di media sosial.
KETAHUI 7 CARA UNTUK MENGATASI KULIT BERJERAWAT DAN SENSITIF UNTUK KAUM LELAKI
Masalah kulit berjerawat dan sensitif bukan hanya dialami oleh wanita, malah lelaki juga Ketahui tips atasi kulit berjerawat dan sensitif.
5 CARA EFEKTIF MENGHILANGKAN KULIT KUSAM UNTUK LELAKI
Ketahui lima cara mudah dan berkesan untuk lelaki menghilangkan kulit kusam dan mendapatkan kulit yang lebih segar serta sihat.
TRAGIS TAPI BENAR: 7 SELEBRITI DUNIA YANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMURUNGAN
Kemurungan ragut nyawa ramai selebriti dunia. Kisah mereka buka mata kita tentang pentingnya sokongan dan kesedaran kesihatan mental.