Skip to content

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2025

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2025

Kongsikan artikel ini

Laman penstriman popular, Netflix tidak pernah sepi daripada rancangan-rancangan hebat buat peminat televisyen tempatan.

Dari siri ke filem dan dokumentari yang menarik perhatian, pelbagai genre disajikan untuk memenuhi cita rasa dan mengisi masa lapang anda.

Seperti tahun lalu, Neflix turut menampilkan pelbagai naskah menghiburkan pada tahun 2025 yang boleh anda layan bersama rakan-rakan mahupun insan tersayang.

Berikut rancangan terbaru yang anda mesti tonton Mac ini

 

1. Adolescence

rancangan netflix mac 2025

Dibintangi oleh: Stephen Graham, Owen Cooper, Ashley Walters, Erin Doherty

Sinopsis: Kehidupan sebuah keluarga menjadi huru-hara selepas seorang remaja bernama Jamie Miller ditangkap atas tuduhan membunuh rakan sekolahnya. Dakwaan yang dibuat terhadap Jamie memaksa ibu bapanya melalui beberapa episod ngeri.

 

2. Chaos: The Manson Murders

rancangan netflix mac 2025

Sinopsis: Pada Ogos 1969, pengikut Charles Manson membunuh tujuh orang atas arahannya. Apakah sebabnya? Dokumentari ini menyelami konspirasi kawalan minda, eksperimen CIA dan pembunuhan.

 

3. Connection

rancangan netflix mac 2025

Dibintangi oleh: Ji Sung, Jeon Mi Do, Kwon Yul, Kim Kyung Nam

Sinopsis: Jang Jae Gyeong, detektif handal dari pasukan narkotik terjebak dengan dadah tanpa sengaja. Siasatan seorang wartawan mengenai kematian seorang wanita akibat dadah membawanya kepada Jang Jae Gyeong, yang rupanya adalah rakan sekolahnya.

 

4. Delicious

rancangan netflix mac 2025

Dibintangi oleh: Julien De Saint-Jean, Carla Diaz, Fahri Yardim, Johann von Bulow

Sinopsis: Kala menikmati percutian indah di Perancis, sebuah keluarga Jerman kaya-raya terjerat dengan seorang pekerja wanita yang menyimpan niat jahat terhadap mereka.

 

5. Revelations

rancangan netflix mac 2025

Dibintangi oleh: Ryu Jun Yeol, Shin Hyun Been, Shin Min Jae

Sinopsis: Seorang paderi yang percaya kepada wahyu dan seorang detektif yang berkebolehan melihat masa depan bergabung tenaga menyelesaikan misteri orang hilang.

 

6. Setetes Embun Cinta Niyala

Dibintangi oleh: Beby Tsabina, Deva Mahenra, Caitlin Halderman, Dito Darmawan

Sinopsis: Niyala, seorang gadis kampung berjaya merealisasikan impiannya untuk menjadi doktor. Namun tanpa disangka dia berdepan realiti pahit apabila dipaksa bernikah untuk melangsaikan hutang keluarga.

 

7. The Electric State

Dibintangi oleh: Millie Bobby Brown, Chris Pratt, Ke Huy Quan, Stanley Tucci

Sinopsis: Seorang remaja yatim piatu mengembara ke Amerika Barat bersama robot misteri untuk mencari abangnya yang telah lama hilang.

 

8. The Life List

Dibintangi oleh: Sofia Carson, Kyle Allen, Sebastian De Souza

Sinopsis: Seorang wanita mengimbas kembali aspirasi zaman kanak-kanaknya untuk berusaha mencapai matlamat hidupnya. Tanpa disedari, ia membawanya menerokai satu perjalanan yang penuh kejutan.

 

9. The Potato Lab

Dibintangi oleh: Kang Tae Oh, Lee Sun Bin, Kim Ga Eun, Lee Hak Joo

Sinopsis: Kehidupan penyelidik bersemangat tinggi berubah apabila seorang pengarah tegas tiba di makmal kentangnya — membuktikan cinta boleh berputik di tempat yang paling tidak dijangka.

 

10. When Life Gives You Tangerine

Dibintangi oleh: IU, Park Bo Gum, Kim Seon Ho, Moon So Ri

Sinopsis: Impian pencinta buku Ae Soon untuk bersekolah terhalang dek masalah kewangan keluarga. Apapun yang terjadi, dia tekad untuk menjadi seorang penyair. Setia di sisinya adalah Gwan Sik, seorang pemuda tulus yang mencintainya dalam diam sejak kecil.

 

Pautan berkaitan: FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA MAC 2025