15 IKLAN RAYA 2025 MENGUSIK JIWA PILIHAN GLAM LELAKI
Drama pendek lebaran termasuk iklan raya 2025 tidak pernah gagal mengusik jiwa kita dengan emosi bercampur baur.
Ada yang bertemakan gembira, jenaka dan sebagainya, namun yang paling menyentuh perasaan tentunya iklan sedih dengan mesej menusuk hati.
Sudah menjadi tradisi syarikat jenama terkenal untuk menghasilkan drama raya setiap tahun. Tujuannya untuk menyampaikan mesej positif buat penonton, terutama untuk dijadikan iktibar dan mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.
Tahun 2025 menyaksikan iklan lebaran keluar lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sekali gus membuat penonton teruja dan tidak sabar mahu memilih drama pendek manakah paling menyentuh emosi mereka.
Tahun ini menyaksikan ramai selebriti membintangi iklan syarikat popular. Syafiq Kyle muncul dalam kempen raya Mr. Diy, Beto Kusyairy dan Nadiya Nisaa dalam iklan Bright Cow, manakala Johan As’ari dalam drama meruntun jiwa daripada Perkeso.
Selain itu, artis lain yang turut menghiasi iklan raya tahun ini termasuk Mierul Aiman, Fizz Fairuz, Erra Fazira, Sara Ali dan Jalil Hamid.
GL senaraikan 15 iklan raya 2025 yang menarik perhatian kami
1. RAYA PENUH MAKNA (MR. DIY)
2. KIAS RINDU (PLUS)
3. KASIH AHNAF (BRIGHT COW)
4. SECUKUPNYA RAYA INI (LALAMOVE)
5. REALITI (HNK CONSTRUCTION)
6. LAIN MACAMNYA RAYA (ASTRO)
7. AKU BENGANG DENGAN MAK (SENG CARS GROUP)
8. DEMI KASIH (PERKESO)
9. HARAPAN RAYA (AVRICHNATION)
10. ANAK ABAH (SURUHANJAYA TENAGA)
11. TERIMALAH MAMA & PAPA (AGROBANK)
12. DUIT RAYA CANCEL! (TODAK)
13. SELAMAT LARI RAYA (JULIE’S BISCUITS)
14. ALISYA (PUSAT PUNGUTAN ZAKAT)
15. ABANG (FELCRA)
Pautan berkaitan: 5 FILEM BERTEMAKAN RAYA PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.