5 SPOT RESTORAN MEWAH FOR ‘FIRST DATE’
GLAM Lelaki menemuikan restoran mewah dan romantik untuk “First Date”! Kami bawakan destinasi terbaik untuk memulakan kisah cinta anda.
Jika anda sedang merancang pertemuan pertama yang istimewa, GLAM Lelaki sedia membantu dengan pilihan restoran terbaik dan p mewah. Dari suasana romantik yang memukau hingga hidangan istimewa yang menggoda selera, kami bawakan destinasi makan malam yang pasti akan menjadikan kisah cinta anda bermula dengan flawless.
MEMPERKENALKAN RESTORAN MEWAH TERBAIK MEMBAWA PASANGAN ANDA PENGALAMAN YANG SEMPURNA
1.ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE
Atas Modern Malaysian Eatery menawarkan pengalaman makan yang mewah dengan suasana yang memukau, dihiasi seni dan budaya tempatan. Restoran ini menampilkan dapur terbuka dan ruang makan yang diterangi cahaya siang, serta rekaan dalaman yang menggabungkan elemen tradisi kraf tangan tempatan seperti corak lattice dan tekstur rotan.
2.TOSCA DOUBLE TREE HILTON
Tosca di DoubleTree Shah Alam i-City menghidangkan masakan Itali autentik seperti pasta klasik dan piza wood-fired, sambil membolehkan anda menikmati pemandangan indah kolam renang luaran. Suasana yang romantis ini menjadikannya tempat yang sempurna untuk pasangan menikmati hidangan yang membawa anda seolah-olah berada di tengah-tengah Itali.
3.CALIA
Calia menggabungkan pengalaman membeli bahan makanan mewah dan menikmati hidangan berkualiti tinggi di restoran mereka, dengan pilihan seperti Wagyu Beef, truffle, dan Toro dari Jepun. Restoran ini menampilkan menu yang direka untuk hidangan harian, namun tetap menawarkan sentuhan kemewahan, menjadikannya tempat yang ideal untuk pasangan yang ingin menikmati pengalaman kulinari yang elegan.
4.BOTANICA+CO AT BAMBOO HILLS
Restoran ini menyajikan menu sepanjang hari dengan hidangan baru yang menampilkan rasa asap dan kepanasan aromatik. Dimasak dengan kaedah tradisional seperti oven api terbuka dan panggangan arang, setiap sajian menonjolkan keaslian rasa dalam suasana alami Botanica+Co. Tempat ini sempurna untuk pasangan yang ingin menikmati makan malam romantis dengan cita rasa yang mendalam dan suasana yang mempesona.
5.BARKAR
Bar.Kar menawarkan pengalaman makan malam yang penuh kehangatan dengan suasana meriah dan romantis. Saksikan chef mereka mehidangkan di depan mata dengan suasana berestetika kayu api. Tempat ini adalah pilihan sempurna untuk pasangan yang ingin menikmati malam yang intim, disertai dengan pemandangan masakan yang memikat dan suasana yang penuh semangat.
Pautan Berkaitan: KENALI TENGKU HASSANAL PERWARIS TAKHTA PAHANG BERJIWA RAKYAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SPOT MEETING DI THE EXCHANGE TRX
Jika anda ingin mempunyai mersyuarat produktif sambil menikmati hidangan. Temui 5 restoran terbaik di The Exchange TRX yang sempurna.
CITA RASA AUTENTIK JEPUN DI MIYABI, SHERATON PETALING JAYA HOTEL
Alami pengalaman yang elegan dan autentik untuk menikmati cita rasa kulinari Jepun premier di restoran Miyabi di Sheraton Petaling Jaya Hotel.
5 RESTORAN DI KUALA LUMPUR UNTUK MAKAN MALAM ROMANTIK
Jika anda ingin membuat kejutan untuk pasangan dengan makan malam yang romantik, restoran-restoran ini akan menyediakan makanan dan atmosfera yang akan membuat sesiapa pun terpukau.
DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE MENAWARKAN PERCUTIAN ‘THE MALAYSIAN EXPERIENCE’ BAHARU
Hotel peranginan tepi tasik, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside memperkenalkan 14 kategori bilik baharu, DoubleTree Studio Residency dan pengalaman percutian bertema Malaysia.
GLAM LELAKI CHEF TABLE: PENGALAMAN KULINARI EKSKLUSIF YANG PERTAMA
Buat julung kali, GLAM Lelaki menganjurkan 'GLAM Lelaki Chef Table' yang dihadiri oleh selebriti, model dan bintang media sosial untuk pengalaman kulinari yang eksklusif.
SANTAPAN BAGAI MAHARAJA CINA DI RESTORAN EMP KL, THE WESTIN KUALA LUMPUR
Restoran EMP KL kini membuka pintu dengan menyajikan seleksi hidangan autentik Cina yang moden dalam suasana penuh majestik bagai santapan seorang maharaja.