Skip to content

7 TABIAT LELAKI MODEN UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT MASA KINI

Kongsikan artikel ini

Sempena Hari Lelaki Sedunia, kita tidak hanya meraikan lelaki dan pencapaian mereka, tetapi juga menyorot perjalanan ke arah versi diri yang lebih sihat, lebih stabil dan lebih seimbang. Lelaki masa kini semakin memahami bahawa kejayaan tidak bermakna apa-apa tanpa kesihatan fizikal, mental dan emosi yang kukuh.

Dalam era serba pantas ini, lelaki moden mengubah definisi maskuliniti: bukan lagi tentang “sasa” dan “kuat”, tetapi tentang bagaimana mereka menjaga diri. Berikut 7 tabiat utama yang menjadi ritual lelaki hari ini sebagai langkah kecil untuk hidup lebih sihat.

1. Memilih Pemakanan Yang Lebih Seimbang

Semakin ramai lelaki sedar bahawa tenaga, fokus dan mood harian bermula dari pinggan makan.
Diet tinggi protein, sayuran hijau, whole grains dan hidrasi mencukupi kini menjadi asas kesejahteraan.

Tip GLAM Lelaki: Kurangkan gula tambahan, elakkan makan lewat malam dan utamakan makanan sebenar, bukannya makanan segera.

2. Mengamalkan Aktiviti Fizikal Secara Konsisten

Tidak perlu tubuh sasa seperti  “gym bro”. Tetapi apa yang penting  adalah konsisten. Ramai lelaki moden memilih aktiviti mudah seperti berlari, brisk walk, hiking atau home workout. Pergerakan kecil setiap hari sudah cukup memberikan stamina lebih baik dan minda lebih stabil.

3. Mengutamakan Rehat & Tidur Berkualiti

Tidur tidak bermaksud untuk terus bermalasan dan bermewahan. Ia merupakan satu keperluan. Lelaki moden semakin memahami bahawa tidur 6–8 jam membantu untuk stabilkan hormon, meningkatkan fokus dan memperbaiki sel-sel kulit mati. Tidur yang baik dan berkualiti adalah salah satu bentuk self-care paling asas bagi setiap individu.

4. Menjaga Kesihatan Mental Tanpa Rasa Malu

Salah satu perubahan terbesar dalam generasi ini ialah “keterbukaan”  lelaki untuk bercakap tentang tekanan, anxiety, burnout atau overthinking. Terapi, journaling, meditasi ringkas atau sekadar bercakap dengan rakan dipercayai bukan lagi dilihat. memiliki satu hobi untuk meluangkan masa bersama diri sendri ataupun ‘Me Time’ juga perlu bagi lelaki tidak hanya khusus untuk kaum wanita sahaja.

5. Lebih Fokus Pada Grooming & Penjagaan Diri

Penampilan kemas memberikan anda perasaan yakin diri yang tinggi. Grooming dan penjagaan diri adalah khusus dan bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri sendiri. Antara ritual moden lelaki adalah: 
• skincare asas (cleanser, moisturizer, sunscreen)
• potongan rambut teratur
• bercukur dengan teknik yang betul
• memilih wangian yang sesuai personaliti diri sendiri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gote (@gote.club)

6. Digital Detox & Mengurus Masa Layar

Lelaki moden tahu bila masanya perlu “log out”. Kurangkan skrol tanpa arah di media sosial, hadkan notifikasi, dan luangkan masa untuk aktiviti fizikal atau berbual dengan orang sekeliling. Ringkasnya semakin kurang masa diperuntukkan untuk skrin, semakin fokus, lebih tenang, dan lebih produktif seseorang individu tersebut.

7. Memilih Komuniti & Hubungan Yang Membina

Persekitaran juga menentukan vibe sesetengah individu. Lelaki sihat lebih memilih berada dalam komuniti yang “menaikkan” diri sendiri dan juga network sekitarnya, bukan mematahkan. Sama ada kumpulan larian, rakan gym, circle kerja yang positif atau keluarga yang menyokong, lelaki masa kini lebih selektif dengan ‘energi’ yang mereka benarkan masuk dalam hidup.

Kesihatan lelaki hari ini bukan lagi tentang otot semata-mata, tetapi keseimbangan antara tubuh, minda dan gaya hidup. Tabiat-tabiat kecil ini akhirnya membentuk lelaki yang lebih stabil, fokus dan bahagia.

Artikel Berkaitan: HARI LELAKI ANTARABANGSA: KEKUATAN SEBENAR ADALAH BERANI UNTUK BERSUARA

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut

5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut
SWATCH X AP MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

Bacaan Lanjut