ACCA LANCARKAN KEMPEN ‘YES MALAYSIA’ UNTUK MEMPERJUANGKAN ‘THE POWER OF ETHICS’
ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) menyerlah dari sudut etika menerusi penganjuran kempen ‘YES Malaysia’ di seluruh negara, yang menyokong ‘The Power of Ethics’ dan mendorong rakyat Malaysia untuk mengundi secara dalam talian di www.yesmalaysia.my, sebagai tanda sokongan penuh mereka terhadap prinsip etika perakaunan negara. Bermula dari 1 November sehingga 31 Disember 2019, orang ramai boleh menyertai kempen tersebut dan ‘klik untuk mengundi’.
Kempen ‘YES Malaysia’ ini mencerminkan komitmen ACCA kepada para ahli, rakan-rakan niaga bersekutu termasuk generasi akauntan pada masa hadapan. Sebagai sebahagian daripada tema global ‘The Power of Ethics’, kempen ‘YES Malaysia’ bertujuan memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan etika dalam masa yang sama menyokong seruan kerajaan Malaysia untuk menjadi negara yang lebih cekap, bertanggungjawab dan telus.
“Etika dan profesionalisma adalah sangat penting untuk profesion kami, yang menjadi teras ACCA dan kesemua aktiviti yang kami laksanakan. Pengetahuan kami dalam isu-isu etika digabungkan dengan liputan yang luas tentang kejayaan perniagaan yang merangkumi isu-isu kewangan, etika, digital dan kemampanan memberikan kami kelebihan yang besar dalam dunia yang pantas berubah. Dengan kelebihan ini, membolehkan kami bekerjasama dengan rakan-rakan sekutu untuk melengkapkan para pelajar dengan peralatan yang betul, kemahiran dan pengetahuan yang tepat untuk berjaya,” jelas Edward Ling, Ketua Negara ACCA Malaysia.

“Kami berbesar hati untuk memperjuangkan ‘The Power of Ethics’ di Malaysia dan berharap kempen ‘YES Malaysia’ dapat meningkatkan kesedaran mengenai perkara-perkara yang berkaitan etika dan kesannya kepada individu, perniagaan dan seluruh negara.”
Pada tahun lepas, ACCA menganjurkan kempen “Doing the Right Thing” i-Pledge, yang menyeru rakyat Malaysia membuat ikrar peribadi mereka sendiri untuk melakukan perkara yang betul. Usaha tersebut mendapat sambutan yang baik dan ACCA berjaya mengumpul sebanyak 10,000 ikrar dari segenap lapisan rakyat Malaysia.
Bagi tahun 2019, kempen ‘YES Malaysia’ mensasarkan untuk melangkaui pencapaian tahun lepas bagi meraih lebih banyak sokongan daripada rakyat Malaysia untuk mendidik dan menggalakkan rakyat mengundi bagi masa depan yang beretika. Selain inisiatif dalam talian, kempen ‘YES Malaysia’ turut melibatkan satu pertandingan yang menarik untuk rakan-rakan pembelajaran ACCA dan rakan-rakan majikan di Malaysia. Pertandingan yang dilancarkan di seluruh negara antara para pendidik dan majikan ini bertujuan menguji kreativiti pelajar ACCA, rakan sekutu dan ahli-ahli dalam mempromosikan etika yang baik di dalam kampus dan media sosial.
Semangat kerjasama antara rakan pembelajaran dan rakan majikan memainkan peranan yang penting bagi ACCA untuk pembangunan akauntan masa hadapan. Tambahan pula, menerusi Modul Kemahiran Etika dan Profesional dalam talian interaktif (EPSM), ACCA melengkapkan pelajar dan ahli dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh majikan. EPSM turut mempersiapkan mereka bagi menghadapi kerjaya sebagai ahli professional kewangan yang berkeyakinan dan dipercayai, memiliki tahap etika yang tinggi, mempunyai kemahiran profesionalisma dan kemahiran digital yang diperlukan agar menyerlah di tempat kerja kelak .
ACCA Malaysia mensasarkan untuk mengumpul lebih daripada 10,000 undian daripada para pelajar ACCA, ahli-ahli bersekutu, ahli-ahli dan rakan-rakan kerjasama perniagaan juga semua lapisan masyarakat Malaysia. Bermula dari 1 November sehingga 31 Disember 2019, mari mengundi secara dalam talian di www.yesmalaysia.my dan bersama-sama mengatakan ‘YA’ untuk Malaysia yang lebih baik.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN
Pengalaman multi-sensori terbaharu, Gentle Monster lebarkan empayar fesyen di Suria KLCC dengan membawakan ‘Veggie Collection’ Jun ini. Jenama cermin mata global terkenal kini meluaskan lagi empayar fesyen mereka di Malaysia. Gentle Monster secara rasmi membuka butik flagship kedua bertempat di Suria KLCC Mall. Langkah strategik ini mengukuhkan komitmen global jenama dalam mentakrifkan semula pengalaman retail…
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Terokai jenama fesyen Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia.
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.











