DALAM KENANGAN: TONTON 5 DRAMA TERBAIK LAKONAN BARBIE HSU
Aktres, penyanyi dan personaliti TV terkenal dari Taiwan, Barbie Hsu meninggal dunia pada usia 48 tahun di Jepun.
Ikon yang turut dikenali dengan nama pentas ‘Big S’ itu menghembuskan nafas terakhir pada 2 Februari lalu akibat radang paru-paru yang berpunca daripada komplikasi influenza.
Pemergiannya meninggalkan kesan mendalam terhadap jutaan peminat industri hiburan Asia termasuk Malaysia. Terutamanya penonton Meteor Garden, siri popular yang melonjakkan namanya dalam dunia lakonan.
Sempena memperingati legasinya, tonton lima siri terbaik Barbie Hsu menurut IMDb
5. Corner With Love (2007)
Skor IMDb: 6.5
Turut dibintangi oleh: Show Lo, Li Wei Chang, Alien Huang, Jozie Lu
Sinopsis: Xin Lei, seorang gadis kaya dan Qin Lang, seorang artis bercita-cita tinggi bertemu selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil. Perhubungan mereka berkembang selepas Xin Lei secara kebetulan makan di restoran tempat Qin Lang bekerja. Namun sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila Qin Lang membuat keputusan untuk berhijrah ke Taiwan.
4. Summer’s Desire (2010)
Skor IMDb: 6.7
Turut dibintangi oleh: Peter Ho, Xiaoming Huang, Kris Shen, Peggy Fu
Sinopsis: Xia Mo dan Luo Xi, anak yatim yang diambil sebagai anak angkat oleh keluarga sama mempunyai ikatan rapat sekali gus mencetus rasa cemburu di hati Ou Chen, teman lelaki Xia Mo. Untuk memisahkan mereka, Ou Chen menghantar Luo Xi ke luar negara namun tanpa disangka, dia kehilangan cinta hatinya.
3. Eternity: A Chinese Ghost Story (2003)
Skor IMDb: 7.2
Turut dibintangi oleh: Daniel Chan, Jessica Hsuan, Wu Jing, Nie Yuan
Sinopsis: Pada empayar Tang, mazhab Tao bernama Xuan-Xin Zhen-Zong menemui satu tablet batu purba di dalam gua gunung. Tablet itu mengandungi ramalan tentang ‘Estranged Couple of Seven Lifetimes’. Dek eksploitasi kuasa, malapetaka mula memusnahkan empayar Tang yang makmur dan kaya-raya.
2. Mars (2004)
Skor IMDb: 7.4
Turut dibintangi oleh: Vic Chou, Xiu Jie Kai, Shone An, Megan Lai
Sinopsis: Seorang pelajar kolej yang periang dan rakan sekelasnya yang pemalu tertarik dengan satu sama lain, walaupun terdapat kuasa yang cuba memisahkan mereka. Mampukah cinta mereka bertahan dari masa silam yang gelap dan rahsia yang masih menghantui mereka?
1. Meteor Garden (2001)
Skor IMDb: 7.7
Turut dibintangi oleh: Jerry Yan, Vanness Wu, Vic Chou, Ken Chu
Sinopsis: Shan Chai, seorang gadis daripada keluarga miskin menyertai sekolah berprestij atas desakan ibu bapanya. Di situ dia bertemu sekumpulan pembuli terkenal yang menggelar diri mereka Flower 4 dan cuba sedaya upaya untuk menentang mereka.
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: 5 K-DRAMA TERBAIK LEE BYUNG HUN ANDA WAJIB TONTON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Imej Warna Pertama Planet Marikh
NASA telah mencipta sejarah selepas berjaya mengambil imej berwarna pertama planet Marikh dengan menggunakan helikopter Mars Ingenuity.