Dan kereta terbaik ASEAN 2016 ialah…
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin
ASEAN Car of the Year 2016 (ACOTY) yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan Mazda menjadi jenama pengeluar kereta yang menerima paling banyak pengiktirafan. Dalam anugerah yang pertama kali dianjurkan itu, Mazda Cx-5 menjadi pemenang keseluruhan ACOTY 2016. Model CX-5 yang hadir dengan bentuk lebih menarik dan edgy serta enjin diesel 2.2-litre SkyActiv-D mengalahkan dua pesaing utama, iaitu Honda Civic yang berada di tempat kedua, manakala Mercedes-Benz C-Class di tempat ketiga.

Mazda CX-5
Selain itu, Mazda turut mengaut beberapa lagi pengiktirafan. Antaranya Mazda CX-3 (Crossover of the Year), Mazda2 Hatchback (Compact Hatch of the Year), Mazda2 Sedan (Compact Sedan of the Year), Mazda3 Hatchback (Family Hatch of the Year), Mazda6 (Executive Car of the Year), serta Mazda CX-5 (Mid-Size SUV of the Year).

Honda Civic

Mercedes-Benz C-Class
Dianjurkan oleh iCar Asia, rangkaian terbesar laman automotif di Asia, anugerah berprestij ini adalah hasil undian dari wartawan pemotoran dari media di tiga buah negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia. Undian juga dikaut daripada lebih 350 orang pengguna yang mengundi dalam aspek pengalaman pemilikan dan pemanduan mereka.
“Tahniah diucapkan kepada jenama Mazda, Honda dan Mercedes-Benz di atas kemenangan mereka dalam ACOTY pada tahun ini. Ia adalah hasil usaha jelas daripada mereka dalam menawarkan produk yang betul pada harga tepat untuk para pelanggan di pasaran ASEAN,” kata ketua Pegawai Eksekutif iCar Asia Limited, Hamish Stone.
Berikut adalah senarai penuh pemenang-pemenang:
ASEAN CAR OF THE YEAR 2016 – KATEGORI MALAYSIA
Budget Car of the Year: Proton Iriz
Compact Hatch of the Year: Mazda 2 Hatchback
Compact Sedan of the Year: Mazda 2 Sedan
Family Hatch of the Year: Mazda 3 Hatchback
Family Sedan of the Year: Honda Civic
Executive Car of the Year: Mazda 6
Budget MPV of the Year: Toyota Sienta
Mid-Size MPV of the Year: Nissan Serena S-Hybrid
Large MPV of the Year: Honda Odyssey
Crossover of the Year: Mazda CX-3
Mid-Size SUV of the Year: Mazda CX-5
Large SUV of the Year: Nissan X-Trail
Premium Compact Car of the Year: Volvo V40
Premium Family Car of the Year: Mercedes-Benz C-Class
Premium Executive Car of the Year: Mercedes-Benz E-Class
Limousine of the Year: Mercedes-Benz S-Class
Premium Compact SUV of the Year: BMW X1
Premium Mid-Size SUV of the Year: Volvo XC60
Luxury SUV of the Year: Volvo XC90
Driver’s Car of the Year: Volkswagen Golf R
Performance Car of the Year: Porsche 718 Cayman/Boxster
Coupe/Cabrio of the Year: Audi TT
Grand Tourer of the Year: Mercedes-Benz S-Class Coupe
Pick-up Truck of the Year: Ford Ranger
Layari link ini untuk maklumat lanjut.
Photo Credit Madzausa.com, mercedes-benz.pt, automobiles.honda.com
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.










