DOVE BANTU RAKYAT MALAYSIA YANG MENGALAMI KULIT KERING UNTUK BERDAMAI DENGAN KULIT MEREKA
Apabila anda mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif, bukan kulit anda sahaja yang menderita. Dove DermaSeries, koleksi penjagaan kulit terbaru daripada Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, dicipta khusus untuk kulit yang sangat kering dan sensitif, dengan matlamat untuk memperkasakan dan membolehkan si penderita rasa yakin, positif dan bangga dengan kulit mereka.

“Bila kulit saya meragam, kulit akan merekah teruk, dan semua cap jari saya hilang. Keadaan memang meresahkan hati.” Michelle, yang dibelenggu masalah kulit sangat kering dan sensitif. Wanita seperti Michelle yang mempunyai kulit sangat kering dan sensitif memerlukan belaian dan penjagaan kulit yang jauh lebih rapi. Dianggarkan seorang daripada lima individu rakyat Malaysia hidup dengan keadaan kulit yang sangat kering . Dengan gaya hidup masa kini yang semakin sibuk dan pendedahan kepada perubahan suhu dan kelembapan, semakin ramai orang terjejas.
Dr Irene Lee Chew Kek, Pakar Perunding Dermatologi, Hospital Pantai Cheras, menjelaskan, “Kulit kering kekurangan lembapan dalam stratum korneum – lapisan luar kulit, dan ia boleh dikaitkan dengan kehilangan air daripada lapisan ini. Biasanya, pelembapan adalah cukup untuk membetulkan kulit dan membantu memulihkan fungsi normal rintangan kulit. Bagaimanapun, dalam keadaan kulit yang sangat kering, stratum korneum tidak berfungsi dan tidak dapat memperbaiki sendiri, lantas mengakibatkan kulit merekah, gatal dan pedih.”

“Oleh yang demikian, keadaan ini akan berterusan dan berlarutan. Penghidapnya belajar untuk “menguruskan” gejala-gejala mereka, bukan menyembuhkannya, dan berusaha mengelakkan situasi yang boleh memburukkan lagi keadaan seperti kepanasan atau sesetengah makanan, dan cuba menyembunyikan keadaan mereka daripada orang lain,” tambah Dr Irene.
“Setiap hari saya perlu jumpa pelanggan, dengan keadaan kulit saya yang terdedah, dan saya mendapat tatapan – pandangan mereka terpaku ke arah saya.” Charlene, menghadapi masalah kulit sangat kering dan sensitif.
Selain gejala fizikal, kulit kering juga boleh menjejaskan emosi, meningkatkan perasaan malu, kurang selesa dan keresahan apabila berhadapan dengan orang lain – walaupun apabila gejala mereka tidak dapat dilihat . Meskipun kelaziman keadaan kulit ini, ia kurang mendapat perwakilan di media, yang boleh menyebabkan rasa malu dan pengasingan untuk penderita.
Cathie Wu, Pakar Perunding Psikologi, Abri Integrated Mental Health, berkata, “Terdapat hubung kait yang jelas antara kesihatan mental individu dan keadaan fizikal kulit mereka – hubung kait kulit-minda – apa yang anda rasa boleh menjejaskan kulit anda dan begitu juga sebaliknya. Dengan tumpuan kepada mereka yang menghadapi masalah kulit dan juga masalah itu sendiri, kita perlu membantu wanita yang dibelenggu masalah kulit merasa gembira dan yakin dengan kulit mereka.”
Koleksi Dove DermaSeries membawakan empat produk khusus untuk keperluan kulit kering dan sensitif: basuh badan, losen badan, krim tangan dan salap pemulihan. Pembersih Dove DermaSeries melindungi stratum korneum, membolehkan kulit membina semula rintangan lipid dan mengurangkan kehilangan lembapan, manakala pelembap pula bukan sahaja melembapkan dan melindungi kurang kering, tetapi juga mengaktifkan PPAR – sejenis protein yang terdapat dalam kulit – untuk menyihatkan semula lipid kulit.

Bukan seperti rawatan kulit lain, yang selalunya berat dan boleh menjadikan pengguna terasa lebih tidak selesa, rangkaian Dove DermaSeries baharu membawa sentuhan kelembutan dan penjagaan ke tahap baharu dengan tekstur halus untuk melegakan kerengsaan kulit. Dengan menggabungkan keberkesanan klinikal yang cemerlang dengan faedah sensorial, koleksi ini memberikan penjagaan kulit yang berkesan dan kelegaan bagi individu dengan keadaan ini.
Tati Lindenberg, Pengarah Jenama Global, Dove DermaSeries, Unilever, berkata, “Korelasi antara kebimbangan dan kulit yang sangat kering adalah isu yang sangat diabaikan dalam industri kecantikan, dengan produk yang ditumpukan hanya pada permukaan, bukannya orang yang merasai kesannya.
Dengan pelancaran Dove DermaSeries, kami berusaha untuk mengubah cara individu yang hidup dengan keadaan kulit kering menjaga kulit mereka; dengan menggabungkan teknologi penjagaan kulit yang canggih dengan belas kasihan kepada keperluan rakyat, kita boleh menggalakkan wanita berasa yakin, positif dan bangga dengan kulit yang mereka ada. ”
Untuk maklumat lanjut tentang koleksi Dove DermaSeries dan kempen “Make peace with dry skin”, sila ke laman http://www.dove.com/my/collections/dermaseries.html.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Terokai jenama fesyen Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia.
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.










