Skip to content

GOOD VIBES FESTIVAL 2024 DIBATALKAN

GOOD VIBES FESTIVAL 2024 DIBATALKAN

Kongsikan artikel ini

Acara muzik ditunggu-tunggu, Good Vibes Festival (GVF) terus mencipta kejutan apabila dibatalkan lagi pada tahun ini.

Festival itu dijadualkan berlangsung pada 20 dan 21 Julai 2024 di Resorts World Awana Genting Highlands. Bagaimanapun ia dibatalkan demi menghormati istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim yang akan diadakan di Balairung Seri Istana Negara pada 20 Julai.

Menurut penganjur Future Sound Asia, pihak penganjur acara muzik dinasihatkan untuk tidak mengadakan konsert melibatkan artis antarabangsa pada tarikh berkenaan dan menundanya ke tarikh lain.

Bagaimanapun penangguhan festival tidak mungkin dapat dilakukan memandangkan ia melibatkan ramai artis dan mengganggu jadual jelajah mereka di sekitar rantau Asia Tenggara. Justeru Future Sound Asia mengambil keputusan untuk membatalkannya.

Good Vibes Festival 2024

Foto: Good Vibes Festival

“Semua pembeli tiket GVF secara automatik akan menerima bayaran balik penuh menerusi kaedah pembayaran digunakan ketika pembelian,” kata penganjur dalam satu kenyataan.

Kontroversi Good Vibes Festival 2023

Ini bukanlah kali pertama acara muzik dan seni tempatan itu dibatalkan. Tahun lalu GVF yang berbaki dua hari lagi dihentikan serta-merta selepas berlakunya insiden jelik melibatkan kumpulan The 1975.

Kumpulan asal UK itu berkelakuan biadap serta melakukan penghinaan terhadap kerajaan dan undang-undang Malaysia ketika membuat persembahan. Malah penyanyi utama Matty Healy turut melakukan aksi kurang sopan dengan mencumbu pemain bass, Ross MacDonald. Ia sebagai tanda protes terhadap undang-undang negara berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Foto: X

Selain meludah di atas pentas, Matty juga merosakkan sebuah kamera dron yang yang digunakan untuk merakam persembahan. Dia turut kelihatan mabuk dengan memegang botol minuman keras dan merokok di atas pentas sebelum dihentikan pihak penganjur. Dek tindakan itu, The 1975 digam daripada membuat persembahan di negara ini.

 

Foto: Good Vibes Festival

Pautan berkaitan: MATTY HEALY SINDIR PEMBATALAN GOOD VIBES FESTIVAL 2023

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGANJUR GOOD VIBES FESTIVAL FAILKAN SAMAN RM11 JUTA TERHADAP THE 1975

KONTROVERSI GOOD VIBES FESTIVAL: THE 1975 DITUNTUT BAYAR GANTI RUGI ATAU BERDEPAN PADAH

Bacaan Lanjut
DI SEBALIK PEMBATALAN KONSERT LAUV: THE BETWEEN ALBUM TOUR DI KLCC

DI SEBALIK PEMBATALAN KONSERT LAUV: THE BETWEEN ALBUM TOUR DI KLCC

Bacaan Lanjut
PEMINAT TERUJA LIHAT MUSE BAWA KELUARGA BERCUTI DI LANGKAWI

PEMINAT TERUJA LIHAT MUSE BAWA KELUARGA BERCUTI DI LANGKAWI

Bacaan Lanjut
MATTY HEALY SINDIR PEMBATALAN GOOD VIBES FESTIVAL 2023

MATTY HEALY SINDIR PEMBATALAN GOOD VIBES FESTIVAL 2023

Bacaan Lanjut
THE KID LAROI UBATI KEKECEWAAN PEMINAT DENGAN 'KONSERT' PERCUMA

THE KID LAROI UBATI KEKECEWAAN PEMINAT DENGAN ‘KONSERT’ PERCUMA

Bacaan Lanjut

GOOD VIBES FESTIVAL 2023 DIBATALKAN SELEPAS INSIDEN KONTROVERSI YANG MELIBATKAN KUMPULAN ‘THE 1975’

Bacaan Lanjut