HARDWELL KEMBALI DEMI NEON MUSIC FESTIVAL 2025
Berita baik buat peminat muzik tari elektronik! Selepas tujuh tahun, deejay dan produser terkenal Hardwell akhirnya kembali ke Malaysia.
Kedatangannya ke Kuala Lumpur adalah bersempena NEON Music Festival (NMF) 2025 yang akan berlangsung di KL Base Sungai Besi pada 11 April.
Menurut penganjur Neon Projects Sdn Bhd, Hardwell adalah bintang utama festival itu yang pastinya akan menyajikan persembahan penuh bertenaga di atas pentas.
“Hardwell akan membawakan lagu hit seperti Spaceman dan muzik terbaharunya yang mencetus trend masa kini iaitu Big Room Techno,” kata pengajur dalam satu kenyataan.
Selain Spaceman dan Big Room Techno, bintang dari Belanda ini terkenal dengan lagu-lagu ikoniknya seperti Apollo dan Run Wild.

Foto: YouTube
Hardwell Tidak Keseorangan Di Atas Pentas
Selain Hardwell, penganjur akan turut menampilkan beberapa lagi penghibur untuk menghangatkan NEON Music Festival 2025. Ini termasuk Artbat, satu nama popular dalam dunia melodi techno.
Duo asal Ukraine itu akan membuat kemunculan sulung mereka di rantau ini dengan persembahan audio visual baru, Upperground. Tidak lupa juga persembahan bertiga daripada tiga nama besar dalam genre Progressive House iaitu Dubvision, Matisse & Sadko dan Third Party.

Foto: Neon
“Ini adalah persembahan julung kali tiga gergasi Progressive House, sekali gus melakar sejarah dalam muzik tarian.
“Biarpun Matisse & Sadko pernah menemui peminat Malaysia, gabungan ini menampilkan persembahan debut Third Party yang ditunggu-tunggu di Malaysia.
“Ia membawa kembali bunyi Progressive House yang digemari ke pentas tempatan untuk kali pertama dalam beberapa tahun,” jelas penganjur.
Selain bintang utama, penonton akan turut dihiburkan oleh barisan artis tempatan seperti 22Bullets b2b Marvinz1r, Blink, Chukiess & Whackboi, Dirty Signal, Honey Gee dan RXB.
Foto: Neon
Pautan berkaitan: RAIN BAKAL GEGARKAN GENTING HIGHLANDS MENERUSI KONSERT STILL RAINING
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.