INI 8 TANDA JIKA ANDA BENAR-BENAR SEORANG ‘GENTLEMAN’
Susah sekarang ini ingin mencari jejaka yang punya sifat gentleman pada wanita. Boleh dikatakan semakin ramai lelaki yang mempunyai sifat tidak ambil peduli atau sering menyakiti hati wanita. Tetapi, pastinya ada segelintir yang masih ada sikap gentleman ini. Sisi gentleman yang bagaimana yang diidam oleh seorang wanita? GLAM Lelaki senaraikan 8 tanda menunjukkan lelaki itu seorang yang gentleman. Baca dan cuba ukurnya sendiri sama ada ia kena dengan anda atau tidak?

1. SOPAN SANTUN
Bukan bermakna kamu perlu bercakap seperti perempuan, tapi susun percakapan kamu bila bercakap dengan perempuan. Jangan terlalu kasar kerana hati perempuan sensitive dan cepat terasa. Percakapan dengan orang tua juga perlu dijaga.
2. PEGANG TANGAN
Pegang tangan teman wanita kamu ketika melintas jalan atau berjalan ditempat yang buat dia tak selesa. Dia akan berasa kamu benar-benar mahu melindunginya.
3. AMBIL BERAT
Jika kamu sedang dalam proses memikat seseorang, belajar mengambil berat tentang dia. Contohnya seperti jika dia mengadu tentang masalah di tempat kerja, dengar dan cuba pujuk dia.
4. KONSEP ‘AFTER YOU’
Dahulukan perempuan seperti bukakan pintu kedai untuknya, bukakan pintu kereta atau ambilkan makanan ketika di majlis perkahwinan teman.
5. CAKAP BERLAPIK
Sekalipun dia nampak kurang sesuai dengan pakaiannya, kamu perlu bercakap berlapik untuk menyampaikan maksud kamu. ‘Mungkin baju ni tak sesuai untuk kita pergi lunch sayang, sebab dia cantik pakai waktu malam’.

6. KENTUT DAN SENDAWA
Eyew! Perempuan kurang selesa lelaki yang begini. Mungkin perkara biasa pada kamu, tapi it’s a major turn off kalau kamu kentut dan sendawa dengan kuat dihadapan dia. Paling teruk bila sendawa berbau.
7. MINTA MAAF
Seorang lelaki budiman tidak akan berkira jika dia melakukan kesalahan dan minta maaf dengan perempuan. Perempuan senang dengan lelaki tidak terlalu ego.
8. MEROKOK
Jika kamu seorang perokok tegar, cuba elakkan dari merokok dan hembus asap ke muka perempuan (yang tidak merokok). Terutamanya bila dalam kereta berdua, rata-rata perempuan tidak suka dengan asap rokok. Namun, jika anda bukan seorang perokok, anda pasti tampil lebih gentleman di mata dia, nescayalah!

Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.










