INI SEBAB LELAKI SERING MEMASUKKAN TANGAN DALAM POKET SELUAR
Mengapa lelaki sering memasukkan tangan ke dalam poket seluar?
Anda seorang lelaki? Perasan atau tidak, anda sering kali memasukkan tangan ke dalam poket seluar, terutama sekali sewaktu sedang berjalan, bersantai, bersama si dia, di tempat awam mahupun ketika sedang tidur.
Walaupun lagak ini tampak biasa dan tiada apa yang peliknya, namun berdasarkan kajian ada 3 alasan utama. GLAM Lelaki kongsikan beberapa sebab mengapa lelaki sering masukkan tangan ke dalam seluar.

INI SEBAB LELAKI SERING MEMASUKKAN TANGAN DALAM POKET SELUAR
1. MELINDUNGI ORGAN SULIT
Terkejut dengan alasan ini? Kenapa tidak? Ya, meletakkan tangan berdekatan dengan organ sulit merupakan tindak balas naluri seorang lelaki untuk melindunginya dari bahaya. Ini berdasarkan kenyataan seorang penulis, Vanessa Van Edwards dalam buku Human Lie Detection and Body Language 101: Your Guide to Reading People’s Nonverbal Behavior mengatakan, saat memasukan tangan ke dalam poket celana, lelaki akan lebih rasa nyaman, tenang dan aman.
Jelasnya, “Lelaki menganggap tangan sebagai salah satu aset perlindungan utama, dan alat sulit pula adalah antara organ paling sensitif dan lelaki akan cuba sehabis baik untuk melindunginya”.

2. ANTI TEKANAN
Pada saat kita sedang tegang mahupun dilanda tekanan, menggosok peha, perut atau bahagian tubuh lain (tanpa tujuan erotik) dapat merangsang pelepasan hormon oksitosin atau antistress bagi meredakan rasa gentar, cuak dan ketakutan.
Itu sebabnya mengapa lelaki akan lebih tenang jika tangan mereka disembunyikan di dalam poket seluar. Van Edwards juga menyarankan jika anda mengalami gugup, cubalah menyentuh tapak tangan dengan jemari atau leher punggung untuk mengurangkan rasa tersebut.

3. DOMINASI
Menurut kajian Dr Kominiarek dari Alpha Male Medical Institute, memasukkan tangan ke dalam poket seluar adalah simbol kekuatan tanpa perlu berlebihan. Ia seakan satu signal kepada lelaki lain yang anda kini sedang mendominasi, sama konsepnya dengan tangan bersilang di dada. Anda akan tampak kuat dan tidak gentar.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 5 Oktober 2017
Baca lebih lanjut: 4 GAYA RAMBUT TERBAIK MEERQEEN PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI
Kenali jenama kasut pilihan lelaki, daripada gaya mewah hingga kasut sukan dan rekaan tempatan yang menyerlahkan penampilan harian.
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.











