Skip to content

Keju Pairing Untuk Rasa Lebih Enak

KEJU PAIRING UNTUK RASA LEBIH ENAK

Kongsikan artikel ini

Ini Cara Tepat Menikmati Keju Kegemaranmu

Pernahkah anda terfikir untuk pairing keju dengan makanan, buah-buahan atau minuman untuk rasa yang lebih enak?

Ada antara kita yang mungkin tidak mahir memilih keju berkualiti tinggi apatah lagi mencari pairing yang sesuai. Sebenarnya, ia amat mudah dan yang paling penting, keju enak dinikmati bersama insan tersayang – hanya potong kepingan keju dan bayangkan anda sedang dalam perjalanan ke escapade tenusu yang lazat!

Buat anda yang gemar memilih keju berkualiti tinggi sebagai ramuan memasak khasnya kala menghasilkan makanan ala Barat seperti pizza, burger, pasta hingga makanan Asia seperti budae jjigae ala Korea, nasi panggang berkeju ala Hong Kong, naan berkeju, dan pisang goreng keju, stay put cause we’ve got you covered!

Kini, anda dapat menikmati pelbagai jenis keju Mainland termasuk Vintage, Tasty, Colby, Gouda, dan Edam yang enak dinikmati begitu saja atau bersulamkan makanan lain, atau dalam masakan.

Vintage

Foto: Mainland

Vintage, cheddar premium berusia hingga 24 bulan, kaya dengan kemewahan rasa kepada setiap suapan. Rasanya yang manis dan smoky sangat sesuai dinikmati bersama burger, pasta, daging lembu atau daging ayam, atau dengan begitu sahaja untuk menikmati kebaikan susu yang lazat.

Tasty

Cara Tepat Menikmati Keju
Foto: Mainland

Tasty, adalah cheddar berusia hingga 18 bulan untuk mencipta rasa yang penuh dan segar. Pairing kegemaran yang diminati ramai adalah dengan chicken floss atau serunding dan seaweed kering.

Colby

Foto: Mainland

Moist dan manis, Colby adalah pasangan terbaik untuk menu masakan Asia. Ia enak dihidang bersama kimchi, acar sayur pedas dan kacang berempah.

Gouda

Foto: Mainland

Gouda merupakan keju separa lembut gaya Belanda dengan nota kacang adalah pendamping rasa untuk toasted Sichuan spice, cili tradisional, dan salad cendawan.

Edam

Foto: Mainland

Akhir sekali, Edam yang tinggi dengan protein, kurang lemak, dan sangat sesuai untuk vegetarian. Ia manis, mentega dan kacang, yang memberikan keenakan kepada hidangan masam dan manis Asia.

Artikel asal: GLAM MALAYSIA

Pautan berkaitan: 4 MAKANAN TINGKATKAN DAYA SEKS