KIA STRINGER GT LEBIH MENYENGAT
Kia Stinger GT, taruhan terbaru dari KIA dilancarkan baru baru ini dan dianggap pesaing unggul kepada BMW 4-Series GranCoupe. Ia menampilkan susuk badan yang lebih seksi dan tegap buat sebuah sedan. Kia Stinger GT ini baru sahaja diperkenalkan kepada orang awam sempena Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2017 atau lebih dikenali sebagai Pameran Auto Detroit 2017 yang membuka tirai pada 8 Januari lalu.
Menariknya, model Stinger ini hadir dengan dua jenis enjin iaitu yang pertama dengan 2.0 liter 4 silinder dengan kuasa 255hp dan satu lagi 3.3-liter V-6 dengan kuasa 365hp. Jadi pengguna mempunyai pilihan sama ada mahu membeli model entry-level atau model yang lebih power. Untuk model Stinger 3.3-liter V-6, model ini dikatakan mampu mencecah top speed 270KM/J. Terbaik!
Dari segi deko dalamannya pula, ianya dilengkapi skrin sentuh 7 inci, cruise control, sistem emergency braking terbaru dan jika anda mahu, anda boleh add-on sistem audio 15 speakers Harman/Kardon termasuk subwoofers di bawah tempat duduk depan, walaupun saling tidak tumpah dengan Y model Mercedes.
Buat masa kini, kereta ini dikhabarkan akan mula dipasarkan di Eropah dan Amerika Syarikat bermula musim panas tahun ini. Apa pendapat anda tentang kereta ini? Sama-sama kita nantikan harga yang akan ditawarkan nanti. Saksikan video ini bagi melihat perincian KIA Stringer GT ini.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
#GLPANDUUJI MERCEDES-BENZ GLC 300 4MATIC
Mercedes-Benz Malaysia melancarkan edisi terbaharu SUV premium GLC 300 4Matic yang akan memberikan peluncuran pemanduan yang kontemporari dan sporty.
5 MOTOSIKAL TERMAHAL DI DUNIA 2023
Apakah motosikal yang termahal di dunia tahun ini? Walaupun ada yang hanya dipamerkan di muzium, semak senarai ini untuk mengetahui motosikal atau superbike yang berjaya menduduki senarai teratas.
APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?
GLAM Lelaki berpeluang untuk menggunakan telefon pintar boleh-lipat Samsung Galaxy Z Flip5 yang baharu dilancarkan di Seoul, Korea Selatan. Apa ciri terbaharu yang membuat ia lebih berkauasa?
TIGUAN ALLSPACE #SUVW BUAT SEMUA
Lebih daripada sekadar reka bentuk juga prestasi, Tiguan Allspace adalah satu kenderaan utiliti sukan termoden lagi tercanggih!
TIGUAN ALLSPACE LIFE
Keluarga #SUVW: TIGUAN ALLSPACE LIFE Baharu Dilancarkan Pada Harga Bermula RM172,990.
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya
Memperkenalkan XC40 Recharge Pure Electric, Volvo Car Malaysia menyasarkan 75% jualan daripada EV menjelang 2025 lantas menyasarkan untuk menjadi syarikat automatif eletrik sepenuhnya menjelang 2030.