KISAH PENYAGAK DUNIA NYATA DI NETFLIX
Diadaptasikan dari kisah benar di dunia yang nyata, penipuan kehidupan sebenar ini mengisahkan tentang penyangak yang licik di Netflix!
Kisah benar didokumentarikan di laman website Netflix genre seperti drama skandal, provokasi, memukau dengan penuh dengan suspen ini membuatkan tontonan di rumah lebih menarik dan tertanya-tanya.
Apa yang anda rasa jika terjumpa dengan lelaki tampan dan segak di aplikasi dating? baru-baru ini, filem dokumentasi The Tinder Swindler menjadi trending dan bual bicara di social media. Filem dokumentari ini bermula dengan penerangan ringkas tentang cara menggunakan aplikasi Tinder untuk mencari seseorang yang sesuai oleh Cecilie Fjelhoy. Dia adalah salah seorang mangsa Simon Leviev yang mengambil bahagian dalam filem itu.
Foto: Getty Images
Cecilie yang berasal dari Finland dan tinggal di London atas urusan kerja itu tertarik dengan Simon Leviev. Lelaki ini kemudiannya mengajak Cecilie untuk menikmati percutian mewah oleh Simon Leviev. Walaupun agak singkat, detik kebersamaan itu membuatkan mereka berdua selesa untuk menjalinkan hubungan asmara. Malah, Cecilie terjerat dengan kata-kata manis Simon, lelaki yang berasal dari Israel yang juga mengaku bahawa dia adalah anak jutawan dan menjadi pengganti kepada perniagaan berlian Leviev Diamond.
Lama kelamaan, Simon tiba-tiba menghantar gambar dan video pembantu peribadinya yang berlumuran luka. Dia mengakui bahawa dia telah diserang oleh musuh yang ingin mencuri berlian itu menyebabkan Cecilie panik dan bimbang. Simon pula mengakui bahawa kad kreditnya terpaksa disekat supaya tidak boleh diakses oleh musuh. Dia meminta Cecilie mencari pinjaman untuk melangsungkan kehidupan si penyangak ini. Disebabkan oleh kata-kata kasihan Simon dan tidak sanggup melihat kekasihnya dalam kesusahan, dia berhutang di sembilan tempat! Segala jawapan boleh didapati dengan menonton filem The Tinder Swindler secara rasmi menerusi Netflix.
Jika anda ingin menghilangkan kebosanan anda di rumah dan ingin menyaksikan filem seperti The Tinder Swindler, berikut ialah rangkuman dokumentari dan drama terbaik yang diputarbelitkan yang menyelidiki dunia penipuan si penyangak yang boleh anda menonton di Netflix!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











