Skip to content

LUGANO, DESTINASI PERCUTIAN ‘LA DOLCE VITA’ DI SWITZERLAND

Kongsikan artikel ini

Kombinasi gaya hidup Itali dan kualiti kehidupan Swiss, Lugano merupakan destinasi percutian yang memukau berlatarkan keindahan tasik dan pergunungan di Ticino, Switzerland.

Destinasi yang tepat untuk meraikan ‘la dolce vita’ atau membawa maksud kehidupan yang sempurna. Lugano yang merupakan kota terbesar di Ticino yang terletak di selatan Switzerland. Ia menggabungkan gaya hidup Itali dan kualiti kehidupan Swiss yang berlatarkan lanskap keindahan Tasik Lugano dan pergunungan Switzerland yang memukau. GLAM Lelaki berpeluang untuk menikmati percutian ‘la dolce vita’ ini bersama Switzerland Tourism dan Heavens Portfolio.

Bukan hanya sebagai destinasi perlancongan yang utama, Lugano juga merupakan pusat kewangan ketiga terbesar di Switzerland selepas Zurich dan Geneva. Dengan cuaca yang sederhana, ia menjadi pilihan pelancong dengan barisan restoran yang elegan, kafe jalanan yang berwarna, muzium, butik dan taman-taman yang menghijau. Sebuah lokasi percutian ideal yang penuh ketenangan.

Berikut adalah beberapa destinasi percutian yang anda boleh lawati ketika mengunjungi Lugano di Ticino, Switzerland:

Warisan Sejarah Lugano

Pengunjung boleh mengikuti Lugano Unexpected Classic Tour yang akan mengunjungi lokasi warisan penuh bersejarah di sekitar kota. Dari tugu William Tell berdekatan tasik kepada karya Bernardino Luini di Church of Santa Maria degli Angeli, pengunjung dapat mengenali sejarah dan tradisi dengan lebih dekat secara percuma.

Simbol Budaya Lugano – LAC

Lugano Arte e Cultura yang dibuka pada 2015 merupakan pusat busay di Lugano. Ia menampilkan acara budaya seperti siri konsert. Pameran seni dan persembahan teater. Berlatarkan pemandangan tasik yang mempersona, bangunan ini direka oleh arkitek Ivano Gianola.

Jalanan Beli-Belah di Via Nassa

Tidak sempurna percutian di sini tanpa membeli-belah di Via Nassa. Jalanan sepanjang setengah kilometer ini menampilkan barisan butik fesyen dan jam tangan, juga kedai-kedai cenderahati dan kafe buat pengunjung mencuci mata di sekitar kota.

Penginapan Eksklusif di Grand Hotel Villa Castagnola

Grand Hotel Villa Castagnola berlokasi di tengah taman subtropikal yang berlatarkan pemandangan Tasik Lugano yang memukau. Resort 5-bintang sejak 1885 ini menampilkan 72 ruang penginapan yang mewah dengan koleksi seni yang memukau di sekitar hotel. Ia mempunyai kolam renang indoor serta ruang untuk kesejahteraan diri seperi sauna dan bio-sauna. Lokasinya juga berdekatan dengan kawasan percutian di sekitar tasik membenarkan pengunjung untuk melakukan aktiviti luar.

Aktiviti Keluarga di Swissminiatur

Sebuah muzium open-air di Melide yang dibuka sejak 1959 lagi. Swissminiatur yang berkeluasan 14,000 meter persegi ini menampilkan 128 model bangunan dan monumen utama di sekitar Switzerland. Seperti mengunjungi ke sleuruh Switzerland di satu tempat saahja. Antara model dengan skal 1:25 ini termasuklah Federal palace di Bern, Chillon Castles dan Piazza di Locarno.

 

Perjalanan tren dari Zurich ke Lugano mengambil masa lebih tiga jam dengan menggunakan Swiss Travel pass. Untuk memudahkan pengembaraan di Switzerland, Swiss Travel Pass ini boleh didapati dalam pilihan tiga sehingga 15 hari. Pengunjung boleh menggunakan kesemua jenis pengangkutan awam termasuklah tren, bas dan bot di seluruh negara.  Tidak perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Pengunjung boleh menggunakannya pada sepanjang hari, selain boleh memasuki lebih 500 muzium dan lokasi percutian terpilih secara percuma.

Foto: Switzerland Tourism & Heavens Portfolio

 

Baca lebih lanjut: 5 DESTINASI PERCUTIAN MENARIK DI LAUSANNE, SWITZERLAND

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

percutian Lausanne

5 DESTINASI PERCUTIAN MENARIK DI LAUSANNE, SWITZERLAND

Bacaan Lanjut
DESTINASI PELANCONGAN ANDA PERLU KUNJUNGI BERDASARKAN ZODIAK CINA ANDA TAHUN INI

DESTINASI PERCUTIAN PERLU ANDA KUNJUNGI BERDASARKAN ZODIAK CINA 2023

Bacaan Lanjut

PANDUAN DESTINASI KEMBARA 2022 BERDASARKAN ZODIAK CINA ANDA

Bacaan Lanjut

ROGER FEDERER TARIK DIRI DARIPADA SUKAN OLIMPIK TOKYO

Bacaan Lanjut