Skip to content

NIKMATI SAJIAN NUSANTARA DI THE ST.REGIS LANGKAWI DENGAN KERJASAMA CEF DATO’ FAZLEY YAAKOB

Kongsikan artikel ini

NIKMATI PENGALAMAN KULINARI YANG KREASI OLEH CHEF DATO’ FAZLEY YAAKOB YANG MENAMPILKAN CITARASA ASLI NUSANTARA PADA BULAN PUASA YANG PENUH KEBERKATAN INI DI LOKASI TERBAIK LANGKAWI, THE ST. REGIS LANGKAWI. 

L’Orangeri, restoran hidangan sepanjang hari di lokasi penginapan mewah, The St. Regis Langkawi dengan bangganya mempersembahkan pengalaman makan eksklusif Nusantara pada sepanjang bulan puasa yang penuh keberkatan ini, dengan kerjasama Cef Dato’ Fazley Yaakob, pemenang MasterChef Celebrity Malaysia. 

Menampilkan resipi enak warisan dari Nusantara, perjalanan kulinari ini menawarkan lebih 80 hidangan, setiap satu meraikan rasa terbaik dari pelbagai wilayah, semuanya dibuat dengan bahan-bahan sumber tempatan yang segar dari pasar pulau Langkawi dan tangkapan dari air laut. 

GLAM Lelaki, dijemput secara eksklusif oleh team The St. Regis Langkawi pada 6 Mac lepas untuk menjamu hidangan Nusantara dan bertemu dengan Cef Dato’ Fazley Yaakob secara peribadi. Peluang ini tidak disia-siakan oleh saya, yang mana saya mengambil peluang eksklusif ini untuk bertanya tentang kerjasama pertama mereka. Dan mencuba sendiri juadah Nusantara untuk berbuka puasa. 

st regis langkawi

Dulang Nusantara mesti cuba

Dulang Nusantara yang merupakan ‘signature’ Chef Dato’ Fazley menjadi taruhan utama, mempamerkan satu dulang besar dengan lebih 10 hidangan dan ulam-ulaman yang dihidangkan bersama nasi, termasuk Rendang Daging Minang, Paru Goreng Balado, Ayam Pop Sambal Hijau, ikan masin dengan bawang goreng rangup, pelbagai ulam, dan banyak lagi. 

Hidangan utama lain yang wajib cuba dan menjadi pilihan GLAM Lelaki ialah resipi kuah lemak cili api Dato’ Fazley, dengan pilihan daging lembu, ayam, dan makanan laut yang menyelerakan. Tambahan lagi, bufet ini menawarkan hidangan-hidangan lain yang popular seperti gado-gado, rojak buah, murtabak dan roti john. 

Pengunjung pasti terasa puas dengan sajian lain, seperti sup ekor lembu Nusantara, gerai pemotongan kambing, dan sudut panggang serta bakar yang menampilkan hasil tangkapan segar dari perairan Langkawi. Dengan tawaran makanan dan minuman yang pelbagai, pengunjung akan rasa sangat berpuas hati. Selain dapat menikmati sajian ikonik dari Negeri Sembilan. 

fazley yaakon st regis langkawi

Kerjasama ini, yang diterajui oleh Dato’ Fazley dan Cef Eksekutif Unaver, menyatukan rempah-rempah serantau terbaik, rasa dan resipi tradisional. Setiap hidangan disusun dengan teliti untuk mencerminkan warisan kaya Nusantara. Dengan penampilan khas Dato’ Fazley pada tarikh-tarikh terpilih, ini menjanjikan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan. 

Bufet Warisan Nusantara tersedia dari 3 hingga 29 Mac 2025, dengan harya RM158 untuk dewasa dari hari Sabtu hingga Rabu, dan RM188 untuk dewasa pada hari Khamis dan Jumaat.

Kanak-kanak di bawah enam tahun makan secara percuma, dan kanak-kanak di bawah 12 tahun menikmati diskaun 50%. Bagi tempahan kumpulan, nikmati hidangan percuma untuk 2 orang apabila anda menempah untuk 10 orang. 

Artikel berkaitan: M Social Resort Penang: Destinasi Staycation Mesti Inap

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 DUDA HOT PILIHAN RAMAI DI MALAYSIA

5 DUDA ‘HOT & AVAILABLE’ PILIHAN RAMAI DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

7 LOKASI BERBUKA PUASA TERBAIK RAMADAN INI

Bacaan Lanjut
HAI YAN, LANGKAWI : SUATU PERJALANAN KULINARI EKSKLUSIF

HAI YAN, LANGKAWI : SUATU PERJALANAN KULINARI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

7 PENGINAPAN AIRBNB MENAKJUBKAN UNTUK MERAIKAN MUSIM LEBARAN

Bacaan Lanjut

WARISAN KULINARI MALAYSIA DI CITARASA NIPAH EQ

Bacaan Lanjut

BAZAAR MALAM DI W KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut