Skip to content

PEKAK – REALITI HARI INI

Kongsikan artikel ini
Teks: Putra Mokhter

Ada apa di sebalik filem Pekak ini? Walaupun sarat dengan aksi lucah juga visual yang negatif namun, itulah tujuan utama pengarah filem ini, Mohd Khairul Azri Md Noor (Kroll). Menyingkap tentang kisah semasa,  filem ini mencerminkan senario masa kini secara jujur dan benar belaka.

pekak-poster

Adegan berkaitan pergaulan/seks bebas, rogol, peyalahgunaan dadah, keganasan serta lain-lain gejala sosial merupakan kunci utama dalam menghasilkan karya terbaik ini. Menurut pengarahnya, Kroll, ia diinspirasikan daripada perkara yang berlaku di depan matanya. Apa yang dilihat, apa yang didengar, sama ada di dalam mahupun luar negara, ia seolah-olah menjadi gabungan idea hebat untuk menghasilkan filem ini. Biarpun mungkin sukar ditontoni, ia boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada kita, rakyat Malaysia untuk lebih peka dengan hal-hal sekeliling dan bersama-sama membanteras isu-isu negatif ini. Pekak is a reality check.

Tidak hanya memfokuskan kepada dunia Orang Kurang Upaya (OKU), jalan ceritanya merangkumi kesemua aspek. Daripada kehidupan bandar hinggalah kepada hidupan kampung, corak hidup budak jalanan serta konflik dalam hidup menjadikan filem Pekak ini sebuah karya yang harus dijadikan sebagai sumber inspirasi.

Pekak ini mengisahkan tentang hubungan cinta di antara seorang lelaki yang cacat pendengaran bernama Uda dan juga seorang gadis yang punya masalah di sekolah bernama Dara. Uda ialah seorang pengedar dadah dan memiliki konfliknya tersendiri. Manakala Dara sering kali melarikan diri dari bapanya yang terlalu mengawal hidupnya. Namun, dapatkah cinta mereka kekal bersemi? Jangan lupa untuk menonton filem Pekak ini di mana-mana pawagam berhampiran anda. Bukakan minda dan lapangkan dada untuk mengamati karya seni ini secara terbuka.

Pekak turut tercalon dalam kategori “Best International Film” di World Premieres Film Festival Philippines (2016). Apa yang lebih menarik, ia turut ditayangkan di Marche Du Film Cannes (2016) pada Mei lalu.

 

 

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LAGU-LAGU IKONIK DARI FILEM DEADPOOL & WOLVERINE

LAGU-LAGU IKONIK DARI FILEM DEADPOOL & WOLVERINE

Bacaan Lanjut
rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut
new show February 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2024

Bacaan Lanjut
budak flat

5 FAKTA MENARIK TENTANG BUDAK FLAT, FILEM AMAZON ORIGINAL PERTAMA MALAYSIA

Bacaan Lanjut
alif satar

“MASCULINITY IS WORKING WITH WHAT YOU HAVE AND WHAT YOU ARE GOOD AT” – ALIF SATAR #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

ADAKAH ANDA SEORANG INTROVERT? KENALI CIRI-CIRI INDIVIDU INI

Bacaan Lanjut