PEKAK – REALITI HARI INI
Teks: Putra Mokhter
Ada apa di sebalik filem Pekak ini? Walaupun sarat dengan aksi lucah juga visual yang negatif namun, itulah tujuan utama pengarah filem ini, Mohd Khairul Azri Md Noor (Kroll). Menyingkap tentang kisah semasa, filem ini mencerminkan senario masa kini secara jujur dan benar belaka.

Adegan berkaitan pergaulan/seks bebas, rogol, peyalahgunaan dadah, keganasan serta lain-lain gejala sosial merupakan kunci utama dalam menghasilkan karya terbaik ini. Menurut pengarahnya, Kroll, ia diinspirasikan daripada perkara yang berlaku di depan matanya. Apa yang dilihat, apa yang didengar, sama ada di dalam mahupun luar negara, ia seolah-olah menjadi gabungan idea hebat untuk menghasilkan filem ini. Biarpun mungkin sukar ditontoni, ia boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada kita, rakyat Malaysia untuk lebih peka dengan hal-hal sekeliling dan bersama-sama membanteras isu-isu negatif ini. Pekak is a reality check.
Tidak hanya memfokuskan kepada dunia Orang Kurang Upaya (OKU), jalan ceritanya merangkumi kesemua aspek. Daripada kehidupan bandar hinggalah kepada hidupan kampung, corak hidup budak jalanan serta konflik dalam hidup menjadikan filem Pekak ini sebuah karya yang harus dijadikan sebagai sumber inspirasi.
Pekak ini mengisahkan tentang hubungan cinta di antara seorang lelaki yang cacat pendengaran bernama Uda dan juga seorang gadis yang punya masalah di sekolah bernama Dara. Uda ialah seorang pengedar dadah dan memiliki konfliknya tersendiri. Manakala Dara sering kali melarikan diri dari bapanya yang terlalu mengawal hidupnya. Namun, dapatkah cinta mereka kekal bersemi? Jangan lupa untuk menonton filem Pekak ini di mana-mana pawagam berhampiran anda. Bukakan minda dan lapangkan dada untuk mengamati karya seni ini secara terbuka.
Pekak turut tercalon dalam kategori “Best International Film” di World Premieres Film Festival Philippines (2016). Apa yang lebih menarik, ia turut ditayangkan di Marche Du Film Cannes (2016) pada Mei lalu.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
5 FILEM IKONIK LAKONAN DIANA DANIELLE
Kenali 5 filem ikonik Diana Danielle. Saksikan evolusinya sebagai primadona paling berpengaruh dalam industri perfileman.










