Skip to content

PENAMPILAN PERTAMA MATT DAMON SEBAGAI ODYSSEUS UNTUK FILEM THE ODYSSEY

PENAMPILAN PERTAMA MATT DAMON SEBAGAI ODYSSEUS UNTUK FILEM THE ODYSSEY

Kongsikan artikel ini

Selepas kejayaan Oppenheimer, pengarah tersohor Christopher Nolan bakal tampil dengan projek terbaru berjudul The Odyssey.

Filem yang diadaptasi daripada puisi epik nukilan penyair Yunani kuno, Homer itu telah pun memulakan penggambaran pada Januari lalu. Dan baru-baru ini, Universal Pictures berkongsi pandang pertama Matt Damon sebagai Odysseus yang merupakan Raja Ithaca.

Dalam foto yang dimuat naik di media sosial, Matt dilihat menggayakan baju berperisai bersama topi besi berbulu merah, sesuai dengan wataknya sebagai wira Yunani.

Matt Damon Odysseus The Odyssey filem christopher nolan 2026

Foto: Universal Pictures

“Matt Damon is Odysseus. A film by Christopher Nolan, #TheOdysseyMovie is in theaters July 17, 2026,” tulisnya di ruangan kapsyen.

The Odyssey, Sebuah Lagi Karya Agung Christopher Nolan

Disember tahun lalu, Universal Pictures mendedahkan tentang projek terbaru Christopher kepada para peminatnya menerusi satu perkongsian di laman X.

“Filem Christopher Nolan yang seterusnya, The Odyssey adalah naskah epik aksi mitos yang dirakam di seluruh dunia menggunakan teknologi filem IMAX serba baharu,” tulisnya.

Selain Matt, filem ini turut dibintangi nama-nama besar di Hollywood termasuk pasangan pujaan ramai, Tom Holland dan Zendaya. Tidak ketinggalan Lupita Nyong’o, Charlize Theron, Anne Hathaway, dan Robert Pattinson.

Foto: Backstage

Seperti yang telah dikongsikan, filem ini akan menemui penonton di layar perak pada 17 Julai 2026, sejajar dengan beberapa filem Christopher yang mempunyai tarikh tayangan sama pada masa lalu.

 

Foto: GQ

Pautan berkaitan: PENAMPILAN PERTAMA ANA DE ARMAS DALAM BALLERINA, FILEM SPINOFF JOHN WICK