RAIN BAKAL GEGARKAN GENTING HIGHLANDS MENERUSI KONSERT STILL RAINING
Bintang Korea Selatan terkenal, Rain bakal mengubati kerinduan peminat di Malaysia sedikit masa lagi.
Pemilik nama Jung Ji Hoon itu akan kembali ke Resort World Genting pada 8 Februari 2025 bersempena konsert jelajah Still Raining anjuran Genting Malaysia.
Still Raining akan menyaksikan evolusi artistik penyanyi berusia 42 tahun itu yang menggabungkan elemen retro dan irama moden. Dia akan mendendangkan barisan lagu popularnya termasuk lagu-lagu daripada artis terkenal seperti Bruno Mars dan New Jeans.
Peminat boleh menjangkakan persembahan bertenaga dan luar biasa daripada penyanyi itu yang akan berlangsung selama dua jam. Ia menjanjikan pengalaman memukau yang dipenuhi rentak menghiburkan, melodi penuh perasaan dan visual menakjubkan.
Rain Mahu Cipta Memori Baru Bersama Peminat
Menurut aktor Red Swan itu, konsert tersebut akan menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan buat peminatnya di Malaysia. Ia akan membawa peminat menyelami evolusi muziknya selepas hampir 30 tahun terlibat dalam industri ini.
“Konsert ini adalah cara untuk saya berhubung semula dengan peminat dan mengimbau kenangan terindah yang kami cipta bersama. Ia juga memberi peluang untuk mencipta kenangan baru sambil meneroka bab menarik dalam perjalanan muzik saya,” katanya.
Tiket konsert Still Raining di Genting Highlands dijual pada harga RM398, RM598, RM798, RM998 dan RM1,298. Jualan dibuka secara eksklusif buat ahli GRC Gold & Above bermula 7 Januari mana jualan umum bermula pada 10 Januari pada jam 12 tengah hari di rwgenting.com.
Foto: Rain Company
Pautan berkaitan: CNBLUE KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT VOYAGE INTO X
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GREEN DAY BAKAL GEGARKAN PENTAS KONSERT SULUNG DI MALAYSIA
Kumpulan punk rock legenda dari Amerika Syarikat ini akan menjayakan konsert pertama mereka di Malaysia tidak lama lagi.