Skip to content

RASAI PENGALAMAN KEMBARA MESRA MUSLIM DI WESTERN AUSTRALIA

Kongsikan artikel ini
2 of 5

Hub Aktiviti dan Penerokaan Budaya

Fremantle Perth

Nikmati makanan laut segar dan penuh dan enak di Fremantle Fishing Boat Harbour. (Kredit foto: Tourism Western Australia)

Banyak destinasi awam, hotel dan restoran di Western Australia menawar pilihan makanan halal dan kemudahan untuk solat bagi memenuhi keperluan pengembara Muslim. Terdapat juga beberapa masjid yang boleh dijumpai di bandar-bandar utama seperti Perth, Fremantle (Walyalup) dan Broome (Rubibi).

Anda juga boleh mencuba pelbagai makanan halal yang ditawar di daerah berbeza. Daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar ke makanan laut penuh enak terus dari lautan. Atau meneroka warisan budaya negeri tersebut yang kaya dengan melawat masyarakat tempatan, termasuklah komuniti Melayu di Katanning.

Untuk lebih banyak inspirasi berkenaan destinasi dan pengembaraan jalanan mesra Muslim, siri ‘Travelog Western Australia’ wajib ditontoni. Sepanjang siri tersebut, anda akan mendapat tahu mengenai pelbagai budaya berlainan dan belajar mengenai kemudahan-kemudahan dan tarikan mesra Muslim yang tersedia untuk anda terokai.

 

2 of 5