Skip to content

RIMOWA PERLUAS NEVER STILL DENGAN KOLEKSI BEG KULIT BAHARU

RIMOWA PERLUAS NEVER STILL DENGAN KOLEKSI BEG KULIT BAHARU

Kongsikan artikel ini

Mengangkat semangat kehidupan yang sentiasa bergerak, RIMOWA memperkenalkan rangkaian beg kulit baharu Never Still.

Bagi RIMOWA, perjalanan bukan sekadar tentang destinasi. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan. Daripada perjalanan singkat ke pejabat sehinggalah pengembaraan merentasi bandar dan negara. Kini, Maison dari Jerman itu memperluaskan koleksi Never Still dengan beberapa rekaan beg kulit baharu yang menggabungkan fungsi praktikal bersama estetika yang lebih refined. Pelancaran terbaharu ini turut memperkenalkan dua warna baharu, Anthracite dan Mocha, yang memberikan interpretasi lebih sofistikated kepada koleksi tersebut.

Kempen terbaharu Never Still merakam pengalaman universal yang dilalui hampir setiap hari, perjalanan. Dirakam di Amsterdam, Los Angeles dan Shanghai, kempen ini menampilkan perspektif jurugambar tempatan Dana Lixenberg, Daniel Arnold dan Feng Li. Visual yang dihasilkan memperlihatkan keindahan dalam perjalanan yang paling ringkas, daripada cahaya pagi yang menembusi tingkap kereta hinggalah suasana bertenaga ketika berjalan kaki pada awal hari.

Dalam setiap perjalanan tersebut, koleksi Never Still Leather hadir sebagai teman yang sentiasa menemani pemiliknya.

Dua Warna Baharu, Satu Identiti Yang Lebih Refined

Sebagai sebahagian daripada pengembangan koleksi, RIMOWA memperkenalkan dua rona baharu. Anthracite, kelabu gelap dengan karakter smoky yang elegan, serta Mocha, rona coklat lembut yang memberikan sentuhan lebih understated. Kedua-duanya direka untuk melengkapi estetika Never Still yang menekankan keseimbangan antara fungsi dan gaya.

NEVER STILL LEATHER FLAP BACKPACK

Antara kemas kini utama ialah Never Still Leather Flap Backpack yang kini hadir dalam saiz lebih kecil serta warna Mocha. Diperbuat daripada kulit full-grain, permukaannya menampilkan tekstur beralur yang diembos, mengambil inspirasi daripada kod reka bentuk ikonik RIMOWA. Untuk kegunaan harian, beg ini turut dilengkapi bahagian belakang berlapik serta sleeve khas untuk dipasang pada pemegang beg pakaian.

RIMOWA Never still

RIMOWA turut memperkenalkan Never Still Leather Flap Backpack Large dalam warna Anthracite sebagai sebahagian daripada koleksi kekal, melengkapkan pilihan Black yang sedia ada.

NEVER STILL LEATHER DUFFLE

Bagi mereka yang memerlukan ruang lebih luas, koleksi baharu Never Still Leather Duffle hadir dalam saiz Medium dan Large dengan kemasan grain leather. Kedua-dua saiz diperkenalkan dalam warna Anthracite, manakala versi Large turut tersedia dalam Black.

RIMOWA Never still

Rekaan ini mengekalkan karakter Never Still yang praktikal tanpa mengorbankan penampilan sophisticated. Sesuai untuk perjalanan singkat atau rutin harian yang memerlukan lebih banyak ruang.

NEVER STILL LEATHER CROSS-BODY BAG SMALL

Lebih kompak tetapi tetap praktikal, Never Still Leather Cross-Body Bag Small direka sebagai teman harian. Mengambil inspirasi daripada estetika Duffle, beg ini mempunyai ruang dalaman yang luas, penutup berzip dan tag yang boleh disesuaikan mengikut gaya pemilik. Tali webbing yang boleh ditanggalkan memberikan fleksibiliti tambahan untuk menggayakannya mengikut keperluan.

RIMOWA Never still

Ia ditawarkan dalam dua warna baharu, Mocha dan Anthracite.

ALTERNATIF MODEN KEPADA BRIEFCASE

Turut menyertai koleksi Never Still ialah Leather Zipped Tote, rekaan yang menawarkan alternatif lebih moden kepada briefcase atau backpack tradisional. Hadir secara eksklusif dalam Black, tote ini diperbuat daripada grain leather dan mempunyai ruang dalaman berzip yang mampu memuatkan komputer riba sehingga 13 inci. Tali webbing yang boleh ditanggalkan serta sleeve untuk dipasang pada beg pakaian menjadikannya sesuai untuk lelaki yang sentiasa bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain.

RIMOWA Never still

ANTHRACITE TURUT HADIR DALAM KOLEKSI DISTINCT

Selain Never Still, rona Anthracite turut diperkenalkan ke dalam koleksi RIMOWA Distinct. Dilancarkan pertama kali pada 2023, koleksi Distinct dihasilkan secara eksklusif di kilang bersejarah RIMOWA di Cologne. Koleksi bagasi kulit ini menampilkan pendekatan yang lebih understated, dengan teknik balutan kulit yang teliti bagi mengekalkan struktur dan bentuk bagasi. Tekstur kulit yang sedikit berbutir memberikan kedalaman warna yang berubah mengikut pencahayaan, sementara signature grooves RIMOWA kekal menjadi elemen visual utama.

Pautan berkaitan: RIMOWA LANCAR KEMPEN “FOR A LIFETIME OF LIVES”, MERAIKAN PERJALANAN, WARISAN DAN KETUKANGAN ABADI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RIMOWA PERKENALKAN INK BLUE SEBAGAI WARNA KEKAL KOLEKSI ORIGINAL

RIMOWA PERKENALKAN INK BLUE SEBAGAI WARNA KEKAL KOLEKSI ORIGINAL

Bacaan Lanjut
RIMOWA LANCAR KEMPEN “FOR A LIFETIME OF LIVES”, MERAIKAN PERJALANAN, WARISAN DAN KETUKANGAN ABADI

RIMOWA LANCAR KEMPEN “FOR A LIFETIME OF LIVES”, MERAIKAN PERJALANAN, WARISAN DAN KETUKANGAN ABADI

Bacaan Lanjut
RIMOWA PERKENAL WARNA BAHARU ORANGE DAN MAGENTA UNTUK KOLEKSI ESSENTIAL & GROOVE

RIMOWA PERKENAL WARNA BAHARU ORANGE DAN MAGENTA UNTUK KOLEKSI ESSENTIAL & GROOVE

Bacaan Lanjut

RIMOWA MERAKAM PERJALANAN IKONIK MICHELLE YEOH DALAM SIRI FILEM PENDEK BAHARU

Bacaan Lanjut
RIMOWA RAI TAHUN BARU DENGAN SEMANGAT MELALUI GERAKAN DAN KETAHANAN

RIMOWA RAI TAHUN BARU DENGAN SEMANGAT MELALUI GERAKAN DAN KETAHANAN

Bacaan Lanjut

GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT

Bacaan Lanjut