ROLLING BARRIER. SUDAHKAH MALAYSIA BERSEDIA?
Negara kebelakangan ini sentiasa digemparkan dengan kemalangan jalan raya yang boleh dikatakan berlaku setiap hari. Nyawa terkorban begitu saja sama ada atas kesilapan sendiri, mahupun kecuaian pemandu lain. Terbaru, kes kemalangan yang melibatkan sebuah bas ekspres yang terjunam masuk ke gaung yang mengorbankan 14 nyawa ternyata membuka mata banyak pihak yang tampil dengan pelbagai solusi bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan jiwa.
INOVASI DARI KOREA SELATAN
Mujurlah, sebuah inovasi baru penghadang jalan atau lebih dikenali sebagai Rolling Barrier telahpun diperkenalkan dan digunakan di Korea Selatan oleh sebuah syarikat ETI. Penghadang jalan ini mampu mengurangkan kesan hentakan daripada kemalangan kerana ia diperbuat daripada tiub keluli dan silinder plastik yang mudah lentur dan menyerap impak dan hentakan. Malah, kesan pantulan cahaya tiub yang lebih terang dapat dilihat jelas oleh pemandu.

Photo credit: neozone.com
Jika di Malaysia semua pembahagi jalan dibuat menggunakan besi, jadi bayangkan jika berlaku kemalangan yang melibatkan rempuhan, kesannya pasti akan lebih teruk.
SUDAH DIAPLIKASIKAN DI MALAYSIA
Menariknya, pembahagi jalan beroda unik ini kini sudah dipasang dan diaplikasikan di pusingan U FT 15, Subang Jaya bermula 9 Disember lalu dan dijangka keberkesanannya dalam menghalang kemalangan maut dapat dirumuskan dalam tempoh tiga bulan ini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
TESLA ROADSTER, KERETA TERBANG BUKAN LAGI FIKSYEN
Tesla Roadster mencuri perhatian dengan teknologi canggih dan potensi kereta terbang yang bakal mengubah masa depan automotif.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.











